Peranan yang dimainkan oleh NGO Antarabangsa bukan sahaja mendapat perhatian masyarakat umum malah mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.
Pengerusi dan Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahamd Marican baru-baru ini menerima penhargaan khas dari Ketua Kampung Sempadan atas jasa dan sumbangan yang berterusan kepada Umat Islam Sejagat.

Usaha-usaha yang dijalankan untuk kebajikan umat Islam di Kemboja selama 20 tahun itu turut mendapat manfaat dari program yang dijalankan antaranya pembinaan perigi bagi mendapatkan air bersih kepada penduduk miskin daif bukan sahaja kepada masyarakat orang Islam tetapi golongan bukan Islam juga.
Selain itu, NGO berkenaan turut mengadakan program pemberiaan makanan seperti beras dan keperluan asas.
“Kita kena berlaku adil kepada penduduk yang bukan Islam yang tinggal dalam Kampung Islam atau berdekatan khususnya penduduk yang susah dan miskin kerana agama kita mengajar kita berbuat baik, adil serta bertimbang rasa.
“Apabila kita dapat menunjukkan contoh terbaik, barulah mereka akan menghormati agama kita kerana ajaran yg terima berlandaskan al-Quran dan hadis.

“Kalau kita hendak dihormati tunjuklah contoh terbaik kita kepada orang keliling kita dan anak-anak muda termasuk kanak kanak kerana golongan berkenaan mudah terikut dengan tindak tanduk kita apabila kita seorang yang ada nama, popular dan dihormati.
“Tingkah laku kita sentiasa kena jaga,” katanya dihadapan 300 penduduk Kg Sempadan sempena majlis Anugerah Khas Kampung Sempadan Kemboja Vietnam.
Pada majlis itu turut menghargai tokoh yang berjasa bukan sahaja kepada kampung itu malah negara Kemboja sendiri antaranya Ketua Kampung, Abd Manap Md Zin. Turut hadir Ketua NGO tempatan Hj Ali Said dan wakil penduduk berdekatan.