Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mempersembahkan pameran yang mengujakan di Kuala Lumpur International Motor Show 2018 yang berlangsung mulai 23 November hingga 2 Disember 2018 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

MENERUSI pengenalan ‘Nissan Intelligent Mobility’, pelbagai kenderaan Nissan yang inovatif dan pintar dipamerkan, termasuk Kereta 100% Elektrik Nissan LEAF Serba Baharu dan sistem e-POWER.

(from left to right) Tan Keng Meng, Executive Director of Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Christopher Tan, Sales and Marketing Director, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Loke SIew Fook, Minister of Transport, Malaysia, Datuk Aishah Ahmad, President of Malaysia Automotive Association & Chairman of KLIMS’18 Organising Committee, Ayako Nakamura, Vice President, Business Operations, Asia and Oceania, Nissan Motor Co., Ltd

Nissan mendefinisikan semula bagaimana manusia bergerak, dengan visi menjadikan pengangkutan lebih selamat, pintar dan mengujakan melalui Nissan Intelligent Mobility.

Paksi Nissan Intelligent Mobility terdiri daripada tiga inovasi iaitu:

  1. Intelligent Power (Berkuasa Pintar) – lebih cekap, lebih berkuasa, diterajui oleh
    kenderaan elektrik (EV) dan sistem e-POWER
  2. Intelligent Driving (Pemanduan Pintar) – memberi lebih keyakinan kepada
    pemandu, diterajui oleh teknologi pemanduan berautonomi ProPILOT Nissan
  3. Intelligent Integration (Integrasi Pintar) – Rangkaian baharu di antara kenderaan,
    masyarakat dan pemandu

INTELLIGENT POWER (Berkuasa Pintar) menjadikan pemanduan lebih mengujakan
dengan usaha untuk terus mengurangkan emisi dan meningkatkan efisiensi
penggunaan bahan api tanpa mengkompromi prestasi.

Kenderaan Nissan ialah peneraju automotif dalam teknologi kenderaan elektrik dan komited ke arah pendekatan yang holistik demi mencapai hasrat mobiliti sifar emisi dengan menjadikan pembakaran dalaman enjin lebih efisien serta menambah lebih banyak teknologi canggih ke dalam kereta seperti kenderaan 100% elektrik (EV), sistem e-POWER dan sistem S-Hybrid.

INTELLIGENT DRIVING (Pemanduan Pintar) memberi pemanduan yang lebih yakin dan bebas tekanan dengan meningkatkan aspek keselamatan, kawalan dan keselesaan. Sekali gus membolehkan pemandu memandu dengan lebih selesa setiap hari.

Pelbagai teknologi bantuan pemandu* dapat dilihat pada kenderaan Nissan pada hari ini seperti ProPILOT, e-Pedal, Intelligent Forward Collision Warning, Intelligent Lane Intervention, Intelligent Blind Spot Intervention, Intelligent Around View Monitor dengan Intelligent Moving Object Detection, Intelligent Emergency Braking, Intelligent Lane Departure Warning, Intelligent Cruise Control, Intelligent Trace Control, Intelligent Ride Control, Intelligent Auto Headlights dengan High Beam Assist dan Rear Cross Traffic Alert.

*Tahap kelengkapan dan senarai teknologi mungkin berbeza, bergantung kepada
pasaran.

INTELLIGENT INTEGRATION (Integrasi Pintar) menghubungkan kenderaan dengan masyarakat yang lebih luas.

Nissan membantu membentuk satu ekosistem mampan yang membolehkan kenderaan berinteraksi dengan manusia, kenderaan lain dan infrastruktur jalan raya.

Pendekatan ini akan membawa kepada kawalan operasi kenderaan dari jarak jauh, mengurangkan kesesakan trafik, perkongsian kenderaan yang lebih efisien dan pengurusan tenaga yang lebih baik.

Prebiu khas Nissan LEAF Serba Baharu– ikon Nissan Intelligent Mobility

Berada di pentas utama ialah kenderaan 100% elektrik, sifar emisi Nissan LEAF Serba Baharu. Sejak dilancarkan pada tahun 2010, Nissan telah berjaya menjual lebih 350,000 unit Nissan LEAF di seluruh dunia. Nissan LEAF Serba Baharu telah direka semula sepenuhnya, menggabungkan pelbagai aspek dengan rekaan baru yang dinamik dan teknologi-teknologi termaju*.

*Tahap kelengkapan dan senarai teknologi mungkin berbeza, bergantung kepada pasaran.
Nissan LEAF Serba Baharu hadir dengan e-powertrain termaju.

Dengan pek bateri 40 kWh Lithium-Ion baharu, ia kini berupaya menawarkan jarak pemanduan sehingga 400km (kitaran Japan JC08**) dengan sekali caj. Manakala output kuasa 110kW dan tork 320Nm pula menambah baik aspek pecutan serta keseronokan memandu.

** 150 batu dengan EPA (Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS), 380km dengan NEDC (Kitaran Pemanduan Eropah yang Baru)

Nissan LEAF menampilkan teknologi pemanduan berautonomi ProPILOT yang digunakan sewaktu memandu di laluan tunggal di lebuh raya. Apabila diaktifkan, ia akan mengikut kenderaan di hadapan berdasarkan kepada jarak yang telah ditetapkan sebelumnya dan memastikan anda berada di tengah-tengah lorong pemanduan (walaupun ketika berada di selekoh).

ProPILOT juga boleh menghentikan kenderaan sepenuhnya, bergantung kepada keadaan trafik dan mengambil kelajuan apabila trafik kembali bergerak.

Satu lagi inovasi yang mampu meningkatkan pengalaman memandu Nissan LEAF Serba Baharu ialah e-Pedal. Ia membolehkan pemandu memecut, memperlahankan kenderaan, berhenti dan menetapkan kedudukan kenderaan dengan hanya menggunakan pedal minyak sahaja.

 

Maklum balas e-Pedal yang reaktif memaksimumkan keseronokan pemanduan EV. Rekaan luaran Nissan LEAF Serba Baharu menampilkan profil yang rendah serta kemas, sekali gus memberikannya rupa yang tajam dan dinamik.

Dengan aspek aerodinamik terbaik, gayaannya terdiri daripada lampu utama signatur berbentuk boomerang, rekaan V-motion nyata menyerlah pada bahagian hadapan, bersama gril berwarna biru cerah dan kemasan biru pada bampar belakang, seterusnya menampakkan ia kenderaan yang dilengkapi teknologi yang hebat.

Ruang dalaman Nissan LEAF Serba Baharu telah direka semula untuk menghasilkan
persekitaran yang menenangkan, premium dan moden. Panel hadapan baharu dalam bentuk ‘gliding wing’ memberikan pandangan yang dinamik kepada pemandu.

Sementara jahitan berwarna biru pada tempat duduk, papan pemuka dan stereng telah
disepadukan sebagai simbol kenderaan Elektrik Nissan.

“Nissan Intelligent Mobility bukan sekadar pendekatan Nissan untuk mengubah cara kereta dipandu, dijana dan diintegrasikan dengan masyarakat. Ia merupakan strategi korporat Nissan yang menyerlahkan jenama Nissan, dan Tan Chong Group telah membuat pelaburan besar ke arah menghasilkan masa depan yang lebih terhubung, selamat, mesra alam dan masa hadapan mobiliti elektrik di Malaysia,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.

Selain dari Nissan Intelligent Mobility dan Nissan LEAF serba baharu, ETCM turut mempamerkan sistem e-POWER, Nissan Serena S-Hybrid, Navara – Black Series, X-
Trail X-Tremer dan Nissan Almera – Black Series baharu.

Terokai Nissan Intelligent Mobility pada acara KLIMS’18 di MITEC Level 2 atau layari
laman web www.nissan.com.my/nissanintelligentmobility/klims2018 untuk masa depan
yang lebih maju.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini