Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie menerima pengiktirafan daripada Malaysian Energy Professionals Association (MEPA) atas sumbangan meluas dan berpanjangan beliau sehingga kini kepada industri utiliti elektrik negara, yang menjangkau selama lebih 4 dekad.

ANUGERAH tersebut disampaikan Presiden MEPA, Dato’ Mohsen Hasbollah, di majlis MEPA Energy Night, Jumaat lalu.

TNB MEPA ENERGY NIGHT 2018

Turut hadir Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Ir. Azman Mohd dan Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (ST), Datuk Ir. Ahmad Fauzi Hassan.

Menurut Dato’ Mohsen, MEPA yang ditubuhkan pada 2002 dicetuskan Moggie ketika beliau berucap selaku Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia di National Convention for Energy Professionals pada April 2000.

Pengerusi TNB sejak April 2004 itu adalah personaliti dihormati dalam industri utiliti elektrik di Malaysia. Beliau telah dua kali memegang portfolio tenaga, iaitu selama 20 tahun daripada sepanjang 26 tahun menganggotai Jemaah Menteri Malaysia.

Dalam ucapannya, Moggie berbangga kerana MEPA kini telah berjaya membantu melahirkan para profesional yang berkaliber untuk industri tenaga.

“Saya gembira melihat MEPA gigih berusaha ke arah masa depan yang lebih baik untuk industri tenaga melalui program latihannya.

“Ini adalah selaras dengan matlamatnya untuk mewujudkan kumpulan profesional tenaga yang berdedikasi di negara ini,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini