Kesungguhan kesabaran dan daya tahan yang tinggi membuatkan seorang Bekas Komander Tentera Laut sanggup menghadapi cabaran menjalankan kerja-kerja kebajikan selama 20 tahun.

MEMILIKI pengalaman luas sebagai bekas Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri luar dan Menteri Dalam Negeri KDN pada waktu itu yang sememangnya sibuk dengan tugas harian tidak langsung mengganggu niatnya untuk berusaha membantu golongan umat Islam yang dilanda konflik Antarabangsa.

Datuk Dr Mustapha ketika perasmian Sekolah Agama Darul Iman di Kg Jamuan Sempadan Kemboja, Vietnam baru-baru ini

Kedudukan beliau di Wisma Putra telah banyak membawa beliau mengembara di negara-negara yang di landa konflik seperti Bosnia, Kosovo, Somalia, Afghanistan, Palestin, Iraq, Iran, Libya, Timur Laste, Korea Utara dan pelbagai negara lagi sama ada sebagai Pegawai Wisma Putra dan NGO diterajuinya.

Pengerusi dan Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican mengakui pengalaman bertugas di Wisma Putra itu banyak membantu beliau untuk mengerakkan NGO Antarabangsa untuk kerja-kerja kemanusiaan dan kebajikan untuk masyarakat Islam Kemboja.

Beliau berkata, kerja-kerja kebajikan itu membabitkan pembinaan masjid, surau, sekolah Tahfiz dan perigi bagi mendapatkan air bersih.

Penyerahan Masjid Al Mansoriah iaitu masjid ke 5 di Kemboja oleh Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican

Sehingga kini beliau telah berjaya membina 5 buah Masjid, 3 sekolah tahfiz, berpuluh surau dan 3,500 buah perigi di kawasan pedalaman Kemboja.

Datuk Dr Mustapha yang juga lepasan Master MA dari UKM dalam bidang undang-undang perniagaan seterusnya PHD dalam undang-undang Antarabangsa

Mustapha berasal dari Kuala Terengganu dan pernah menjadi Penasihat Ekonomi dan ketua Eksekutif GLC Negeri Terengganu telah banyak membuat perubahan besar kepada GLC Negeri Terengganu dengan lebih terbuka serta fokus kepada pelancongan dan membuka ruang untuk pelabur asing melabur di Terengganu.

Mustapha meraikan pelajar miskin, anak-anak yatim dan anak mualaf di Kg Sempadan, Kemboja baru-baru ini

Fokus kepada membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda dan berjaya menaikkan jumlah pelabur datang ke Terengganu dan begitu juga dengan sektor pelancongan.

Beliau seterusnya dilantik sebagai pegawai Tugas-Tugas Khas di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan seterusnya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kesejahteraan Bandar sehingga September lalu.

Kini beliau berkhidmat sepenuh masa sebagai Pengerusi/Ketua NGO Antarabangsa, Dr Mustapha telah menerima beberapa anugerah dari Kerajaan Kemboja atas jasa dan pengorbanannya.

Mustapha menerima Anugerah Tertinggi Kerajaan Kemboja dari Perdana Menteri Hun Sen baru-baru ini

Kerajaan Kemboja telah memberi Anugerah tertinggi baru-baru ini dari Perdana Menteri Kemboja Hun Sen. Ini merupakan pengiktirafan dan mengharumkan nama Malaysia di persada Antarabangsa.

Mustapha juga terlibat membantu anak-anak yatim Takbai di Thailand dan sekolah tahfiz serta pada masa depan beliau berharap dapat memperluaskan usahanya ke Filipina, Laos,  Burma dan Vietnam.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini