TC Euro Cars (TCEC) mengumumkan kempen ‘Renault Test Drive Challenge’ yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi sebuah Apple iPhone XS dan pelbagai hadiah menarik yang lain.
BUKAN itu sahaja, pelanggan yang membeli sebuah Renault sepanjang tempoh kempen akan membawa pulang hadiah akhir tahun iaitu filem tinted Raytech Solar and Security bernilai sehingga RM1,800.

Pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia itu juga melanjutkan promosi hebat ke atas beberapa unit terhad SUV premium Renault Koleos dan crossover urban Captur.
Melalui kempen ‘Renault Test Drive Challenge’, orang ramai yang memandu uji mana-mana model Renault di bilik pameran layak untuk memenangi salah satu daripada 85 hadiah yang ditawarkan secara automatik.
Sebanyak lima unit Apple iPhones XS, 50 kad hadiah petrol bernilai RM100 setiap satu dan pek hadiah eksklusif Renault sedia untuk dimenangi.
Kempen ‘Renault Test Drive Challenge’ bermula dari 7 November hingga 31 Disember 2018 dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas serta memiliki lesen memandu yang sah. Semua peserta akan menerima satu hadiah istimewa sebaik sahaja selesai sesi pandu uji, sehingga stok masih ada. Mereka juga layak menerima satu penyertaan untuk cabaran tersebut.
Para pemenang ‘Renault Test Drive Challenge’ akan ditentukan dalam satu cabutan bertuah selepas peraduan tamat. Keputusan bakal diumumkan pada 31 Januari 2019.
“Ketika tahun 2018 semakin hampir ke penghujungnya, sudah tiba masa untuk memulakan tahun baru. Dengan semangat ini, kami mancabar anda untuk keluar dari zon selesa dan lari daripada kebiasaan untuk menyertai ‘Renault Test Drive Challenge’.
Pada masa sama memenangi pelbagai hadiah menarik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn Bhd, Kuan Kim Luen.

TCEC turut menawarkan tawaran luar biasa ke atas beberapa unit terhad model Renault Koleos dan Captur. Unit terhad model pra-facelift Renault Captur tahun 2018 kini ditawarkan pada harga RM89,999[1] manakala model facelift bagi tahun 2018 pula berharga RM98,999(1).
Untuk memberi lebih nilai dan ketenangan minda kepada pelanggan, kedua-model itu didatangkan dengan pakej servis percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu), termasuk alat ganti dan kos buruh.
Unit terhad Renault Koleos 2WD bagi model tahun 2018 ditawarkan pada harga promosi RM169,840(1). Sementara model Signature 2WD tahun 2018 dijual pada harga RM184,888(1). Di bawah promosi ini, Koleos hadir bersama pakej servis percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu), termasuk alat ganti dan kos buruh.
Pelanggan yang membuat tempahan dalam tempoh kempen akan menikmati hadiah tambahan akhir tahun berupa tinted filem Raytech Solar and Security bernilai sehingga RM1,800.
Kempen akhir tahun ini sah ke atas kenderaan yang didaftarkan mulai 7 November sehingga 31 Disember 2018, sehingga stok masih ada. Semua harga yang dinyatakan adalah di atas jalan, tidak termasuk insurans untuk Semenanjung Malaysia dan pendaftaran peribadi sahaja.
Semua model utama Renault juga didatangkan dengan jaminan penuh pengeluar selama lima tahun dan perbatuan tanpa had.
Kerjasama di antara TCEC dengan platform perkongsian kereta GoCar Malaysia, ‘Renault Test Drive Challenge’ juga ditawarkan kepada mana-mana pelanggan yang menempah serta memandu Renault Captur daripada GoCar sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.
Untuk menjadikannya lebih menaik, Renault Captur di bawah GoCar kini boleh didapati pada harga promosi iaitu RM109 sehari (harga biasa RM189 sehari) sepanjang tempoh kempen ini.
(1) Unit terhad ini ditawarkan pada harga tanpa cukai, berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat.