Pengguna di Malaysia boleh membuat pembayaran tanpa sentuh di kesemua 332 cawangan BHP seluruh negara

BHPetrol and Visa mengumumkan bahawa kesemua 332 stesen minyak miliknya di seluruh negara kini dilengkapi sistem penerimaan pembayaran tanpa sentuh, memberikan pengalaman pengguna yang lebih pantas dan lancar kepada penggunanya di Malaysia apabila mereka mengunjungi stesyen petrol BHPetrol untuk mengisi minyak.

Terminal-terminal pembayaran tanpa sentuh telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sejak April tahun ini.

Daripada kesemua 332 cawangannya, 196 cawangan menawarkan pembayaran tanpa sentuh di terminal pembayaran di mesin pam manakala kesemua stesen menawarkan pembayaran tanpa sentuh di terminal pembayaran dalam premis mereka.

Implementasi pembayaran tanpa sentuh di kesemua stesyen minyak BHPetrol memberikan lebih kesenangan dan lebih pilihan dalam membuat pembayaran untuk kesemua pelanggannya di Malaysia apabila mereka mengisi minyak dan melakukan pembelian di kedai serbaneka di mana-mana cawangan.

Ini akan memastikan proses pembayaran yang lebih pantas serta baris-gilir kenderaan yang lebih pendek untuk pelanggan-pelanggan, yang akan membawa kepada tahap kecekapan yang lebih tinggi untuk BHPetrol.

Pengurus Besar untuk Teknologi Maklumat, Kad dan Unit Perkhidmatan Pengguna BHPetrol, Wong Voon Pui berkata, “Secara tradisionalnya, kebanyakan transaksi pembayaran di stesen minyak kami dilakukan secara tunai akan tetapi kami telah saksikan peningkatan yang ketara dalam pembayaran menerusi kad terutamanya dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

“Dengan membolehkan pembayaran tanpa sentuh di terminal pembayaran di mesin pam di luar serta di kaunter pembayaran didalam, kami dapat menawarkan pengalaman pengisian minyak yang lebih pantas dan mudah kepada pelanggan kami, serta pengurusan wang dan operasi harian yang lebih baik untuk pengendali-pengendali stesyen minyak kami,” katanya.

Pengurus Negara bagi Visa Malaysia, Ng Kong Boon berkata, “Secara global, pembayaran tanpa sentuh Visa telah memberikan pemegang-pemegang kad kami dengan pengalaman pembayaran yang lebih pantas dan lancar ketika membuat pembelian.

Di Malaysia, pemegang-pemegang kad kami telah pun menjurus kearah kaedah pembayaran tanpa sentuh. Menurut data VisaNet, rakyat Malaysia kini membuat lebih dari empat juta pembayaran tanpa sentuh Visa dalam sebulan, bersama dengan pertumbuhan dalam jumlah transaksi sebanyak tiga digit tahun demi tahun.

Dengan pelancaran pembayaran tanpa sentuh di BHPetrol, terutamanya di mesin pam mengisi minyak di luar, ianya memudahkan pemandu-pemandu untuk mengisi minyak dan membuat pembayaran dengan segera.

Penjimatan dalam masa untuk mengisi minyak dan membuat pembayaran akan menjadikan baris-gilir kenderaan yang menunggu untuk mengisi minyak lebih pendek, satu faktor yang amat penting terutamanya diketika waktu puncak.

Bersempena permulaan usahasama ini, Visa dan BHPetrol melancarkan kempen Tanpa Sentuh BHPetrol bersama Visa, menawarkan hadiah berjumlah sehingga RM330,000.

Kempen yang bertujuan untuk meningkatkan penggunaan pembayaran tanpa sentuh di stesen-stesen minyak BHPetrol, akan berlangsung dari hari ini sehingga 27 November 2018.

Ianya menyediakan tiga hadiah utama sebanyak RM50,000 setiap satu dan 60 hadiah sagu hati sebanyak RM3,000 setiap satu untuk rebutan.

Untuk melayakkan diri mengambil bahagian dalam kempen ini, pemegang-pemegang kad Visa cuma perlu melengkapkan satu transaksi pembayaran tanpa sentuh dengan jumlah minimum RM40 dan menyentuh mana-mana kad tanpa sentuh Visa mereka samada di terminal pembayaran luar di mesin pam dikawasan mengisi minyak atau di kaunter pembayaran di dalam stesen.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini