Regal Motors Holdings Sdn Bhd telah melancarkan secara rasmi pusat edaran 3S miliknya
yang telah dirasmikan oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dan disertai oleh barisan pengurusan PROTON.

SYARIKAT telah memindahkan keseluruhan operasi 3S ke Seksyen 13, Petaling Jaya dari tempat asalnya iaitu di Jalan Klang Lama, bagi menyediakan kemudahan pelanggan yang lebih baik.

From left: Philip How, Managing Director of Regal Motors Holdings Sdn Bhd, YM Tengku Dato’Sri Uzir Bin Tengku Dato’ Ubaidillah, Director of Regal Motors Holdings Sdn Bhd, Dr Li Chunrong, Chief Executive Officer of PROTON, Abdul Rashid Musa, Chief Executive Officer of PROTON Edar Sdn Bhd, Azharuddin Satyapal Das Bin Abdullah, Director, After Sales Management, PROTON, Lau Yit Mun, Director, Sales, PROTON.

Pusat 3S baharu di Petaling Jaya ini mempunyai keluasan kira-kira 1.2 ekar dan terletak di kawasan perindustrian dan merupakan kawasan yang strategik. Terdapat juga cawangan jenama pesaing yang lain disitu.

Tambahan lagi, kawasan sekelilingnya juga padat penduduk dan merupakan kawasan pusat komersial. Disitu juga terdapat pembangunan perumahan baharu serta syarikat-syarikat industri seperti Colgate-Palmolive dan ibu pejabat Kedai Buku MPH.

“Bagi memberikan kemudahan yang lebih baik kepada pelanggan, kami telah memutuskan untuk membuka satu pusat 3S baharu di Seksyen 13. Kami yakin dengan kesesuaian lokasi ini untuk menarik pelanggan datang ke sini.

Speech by Abdul Rashid Musa, CEO Proton Edar

Tambahan lagi, kawasan di sini lebih luas dan dengan itu memberikan kami kelebihan untuk menyediakan kemudahan lebih baik kepada pelanggan. Keseluruhan pusat ini telah ditambahbaik untuk memastikan apabila pelanggan masuk ke dalam kedai kami mereka akan dapat merasakan kedatangan mereka seperti dialu-alukan.

Pusat ini dibina berasaskan gaya hidup kini dengan ruangan yang luas untuk bersantai dan membeli kereta,” ujar Philip How, Pengarah Urusan Regal Motors Holdings Sdn Bhd.

Sama seperti cawangan PROTON yang lain, “Kini pelanggan boleh datang ke sini, bersantai dan menikmati minuman mereka sambil menunggu kereta mereka untuk diservis. Kawasan servis disini juga boleh dilihat oleh pelanggan.

Car service area

Ini adalah untuk memastikan mereka dapat melihat apa yang sedang dilakukan dengan kereta mereka. Tambahan lagi, di sini juga disediakan kawasan khas bagi kanak-kanak untuk bermain.

Kemudahan lain yang boleh didapati termasuklah WIFI percuma dan ruangan mengecas laptop, yang membolehkan pelanggan kekal berhubung,” tambah Philip.

Pusat ini dilengkapi dengan 12 petak servis dan 6 servis pengangkat. Selain itu juga, sekiranya terdapat banyak permintaan, ianya turut dapat menempatkan tambahan 6 lagi servis pengangkat. Setakat ini, terdapat 13 penasihat jualan dan 11 kakitangan servis, termasuklah seorang Pengurus Servis, 2 penasihat servis, seorang Eksekutif Perhubungan Pelanggan, 6 juruteknik dan seorang pengawal operasi.

Perniagaan sedia ada di Jalan PJS 7/23, Bandar Sunway, akan diteruskan operasinya di bangunan persendirian sebagai pusat ketuk dan cat, untuk menyediakan kemudahan penduduk disekeliling kawasan tersebut.

Kids play room

Philip percaya bahawa dengan adanya pusat 3S baharu di Petaling Jaya dan pusat Ketuk dan Cat sedia ada di Sunway, dia yakin, “Secara keseluruhan, kami menjangkakan kenaikan sedikit demi sedikit sebanyak 30-40% bagi jualan terutama dengan kemasukan SUV ke pasaran akan datang.

Bagi pengeluaran servis pula, kami menjangkakan kenaikan sebanyak 60-70% berikutan dengan lokasi dan kesenangan pelanggan,” PROTON mencapai sebanyak 88% bagi penambahbaikan cawangan.

Sehingga 20 Ogos, PROTON mencapai sasaran sebanyak 88% bagi penambahbaikan cawangan 3S dan 4S. Syarikat yakin dan menantikan pencapaian sejumlah 109 pusat cawangan pada Oktober tahun ini. Sehingga kini, sebanyak 96 pusat cawangan telah diluluskan untuk ditambahbaik.

“Syarikat ingin berterima kasih kepada pengedar-pengedar kami kerana mempercayai jenama PROTON. Saya pasti mereka semua telah mengambil kira risiko untuk bersama kami.

Delivery of car to customer Ng Boon Thye

Kami yakin bahawa kami akan dapat memulihkan PROTON, dan sebahagian daripada usaha untuk menambahbaik pusat-pusat cawangan ini adalah untuk membawa imej positif terhadap
jenama yang bermula dengan penubuhan pusat sehenti di seluruh Negara,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd.

Sementara itu, PROTON turut mempamerkan model Ertiga Xtra pada majlis pelancaran 3S di sini. Ertiga tersebut yang diperkenalkan buat pertama kalinya di pusingan akhir 1-Tank bertempat di Parkroyal, Penang, telah menerima maklum balas positif dari orang ramai.

Terdapat dua peningkatan yang dilakukan pada model tersebut. Peningkatan ini dilakukan berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pelanggan.

Pertama ialah tempat duduk yang lebih gelap, memberikan pandangan yang lebih tenang dan
lebih mewah di mana ianya tahan kotor, dan peningkatan yang seterusnya ialah unit utama berskrin sentuh 7 inci termasuklah sistem navigasi, pemain DVD, Bluetooth, dan penyambung telefon pintar bagi kemudahan pelanggan masa kini.

“Model Ertiga ini mempunyai pelbagai tarikan. Bagi kegunaan keluarga, kereta ini sememangnya berbaloi. Kereta ini mempunyai penjimatan bahan api sebanyak 5.7L/100km, pencapaian terbaik di dalam kelasnya, terima kasih kepada enjin 1.4L DOHC VVT.

Model ini juga serba boleh di mana dengan hanya satu sentuhan, seseorang boleh masuk ke ruangan tempat duduk ketiga dengan mudah. Selain itu juga, konfigurasi tempat duduk yang pelbagai memudahkan untuk melipat tempat duduk belakang, yang membolehkan pengguna meletakkan barangan mereka yang besar dan panjang bagi urusan kerja atau peribadi.

Terdapat ruangan yang luas di bahagian barisan ketiga yang memuatkan orang dewasa dan kanak-kanak ketika mereka ingin keluar bersantai bersama-sama. Tambahan lagi, penghawa dingin di bahagian belakang dapat memastikan keselesaan semua penumpang dalam keadaan cuaca di Malaysia,” jelas Rashid.

Ertiga Xtra – harga atas jalan tanpa insurans

  • Premium (AT) RM62,278
  • Executive (AT) RM59,525
  • Executive (MT)  RM56,773

Pilihan warna

  • Ruby Red
  • Carnelian Brown
  • Cotton White
  • Metal Grey

Tawaran Ogos – Now or Never

Kunjungi ke bilik pameran kami untuk mendapatkan tawaran terkini. Penjimatan yang hebat menanti anda, dari RM1,500 bagi Saga, RM3,000 bagi Persona, sehinggalah RM4,000 bagi Iriz dan Ertiga.

Jadi, datanglah dengan segera dan jangan lepaskan peluang ini untuk membuat tempahan anda.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e-mel kepada kami di [email protected].

Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau halaman Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini