Rakan-pemandu dari Grab, sebuah platform teknologi Online-to-Offline (O2O) Malaysia dan Asia Tenggara, diberi ganjaran untuk prestasi mereka pada pusingan akhir cabaran PROTON Wealth on Wheels (WOW) pada 9 Ogos 2018.

PROMOSI WOW ini adalah hasil kerjasama PROTON dan Grab yang memberi ganjaran kepada rakan-pemandu Grab yang memandu Proton Iriz, Persona dan Saga, untuk ketekunan dan kemampuan mereka untuk memanfaatkan hanya satu tangki minyak penuh.

Lim Poh Aik (tengah)

Untuk cabaran PROTON WOW, 2,181 pemandu Grab telah direkrut dari 10 – 29 Julai dengan 1,000 orang pertama diberi ganjaran baucar servis kereta RM30 dari PROTON.

Tempoh kelayakan bermula dari 1-5 Ogos dengan semua peserta diberikan 5 hari untuk memandu di Lembah Klang untuk memperoleh tambang sebanyak yang mungkin.

Pemandu terbaik dalam setiap kategori (Iriz, Persona dan Saga) kemudian dipilih untuk bersaing dalam pusingan akhir, bermula di PROTON COE. Semua rakan-pemandu Grab yang mengambil bahagian dalam pusingan akhir dihadiahkan dengan baucar bernilai RM500 setiap satu, yang boleh ditebus untuk pembelian kereta Proton baru.

Long Mun Fai (tengah)

Setiap peserta kemudiannya menuju ke stesen minyak terdekat untuk mengisi satu tangki minyak penuh dan tangki minyak mereka ditutup dengan pelekat khas sebelum perjalanan bermula pada pukul 9 pagi untuk memperoleh tambang sebanyak yang mungkin.

Sebelum pulang pada pukul 5 petang, peserta menuju ke stesen minyak terdekat ke arah COE di mana penggunaan minyak diukur.

“Proton 1-Tank Adventure mengingatkan pembeli kereta bahawa kereta Proton boleh membawa mereka ke beberapa perjalanan yang indah di sekitar Malaysia menggunakan hanya satu tangki minyak penuh.

Dengan Grab, kami ingin menunjukkan rakan-pemandu mereka bahawa sebuah kereta Proton membantu mereka berjalan cepat, selamat dan jimat, pada masa yang sama mempunyai baki duit yang masih banyak dalam poket mereka pada penghujung hari,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar .

Para pemandu yang berpretasi terbaik untuk setiap kategori semasa pusingan akhir diberi ganjaran baucar pembelian kereta Proton bernilai RM6,888 dengan insentif khas dari Grab. Semua finalis juga akan dijemput ke majlis pelancaran SUV pertama PROTON dan acara uji pandu yang eksklusif.

Pada majlis penyampaian hadiah, Rashid Shukor, Ketua Operasi Grab Malaysia berkata, “Kami berkongsi pencapaian kami sejak bertahun-tahun dengan rakan-pemandu serta rakan kerja kami, seperti PROTON!

Dengan sokongan PROTON, kami juga dapat membantu memberi ganjaran dan membuat pemanduan dengan Grab lebih berdaya maju dari segi kewangan dengan sokongan untuk servis kereta serta baucar pembelian kereta.

Semua keputusan perniagaan adalah untuk memperbaiki kesejahteraan rakan-pemandu secara positif dan memastikan ini menjadi alatan yang sesuai bagi memudahkan pekerjaan mereka “.

Sebagai salah satu rakan Grab, PROTON berharap promosi WOW akan membawa kepada lebih banyak rakan-pemandu memilih menggunakan kereta Proton untuk perjalanan mereka.

“Sebagai syarikat kereta pertama di Malaysia, PROTON memainkan peranan utama dalam meletakkan rakyat Malaysia di jalan raya. Kami ingin melakukan sesuatu yang serupa untuk membantu industri perkongsian perjalanan (ride-sharing). Dengan acara PROTON WOW dan aktiviti promosi kami yang lain, kami akan menarik lebih banyak rakan-pemandu untuk memiliki kereta kami,” tambah Abdul Rashid Musa.

3 buah kereta yang digunakan dalam aktiviti tersebut adalah Proton Saga, Persona dan Iriz. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman Facebook rasmi PROTON: https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini