Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini melancarkan penambahan terbaharu ke dalam rangkaian model Navara, Nissan Navara VL Plus, dilengkapi dengan teknologi Nissan Intelligent Mobility (NIM) dan sistem keselamatan yang telah dipertingkatkan.

VARIAN Navara VL Plus kini dipasang dengan Intelligent Around View Monitor (I-AVM), teknologi Nissan Intelligent Mobility (NIM) yang menggunakan 4 unit kamera untuk menyediakan pandangan 360° dari atas kenderaan bagi memudahkan urusan navigasi di kawasan yang sempit dan ketika parkir.

New Nissan Navara VL Plus_Intelligent Arouond View Monitor

Sebanyak 7 Beg Udara SRS (dua di hadapan, sisi, jenis curtain dan lutut pemandu) turut dipasang untuk perlindungan tambahan. Manakala Speedometer Digital baharu yang disepadukan dengan Advance Driver-Assist Display (ADAD) menawarkan pemanduan yang lebih mudah.

“Bayangkan pengalaman pemanduan serba baharu, menjalani kehidupan dengan lebih keterujaan, keyakinan dan terhubung dengan dunia di sekeliling anda. Nissan Intelligent Mobility (NIM) menawarkannya melalui Intelligent Around View Monitor (I-AVM) yang boleh didapati pada 3 model terlaris kami; X-Trail, Serena S-Hybrid dan kini Navara,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.

New Nissan Navara VL Plus_7 Airbags

Navara VL Plus terus menjanjikan prestasi pemanduan dinamik dengan enjin diesel 2.5 liter turbo intercooler yang mampu menjana kuasa sehingga 190 PS dan tork 450Nm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik 7 kelajuan bersama mod manual yang pertama dalam kelasnya untuk pecutan lebih lancar.

Bukan itu sahaja, Navara ialah trak pikap pertama Jepun di Malaysia dipasang dengan Sistem Suspensi Belakang Multi-Link yang menawarkan pemanduan selesa dan pengendalian luar biasa, sama seperti sebuah SUV.

New Navara VL Plus_Advance Driver Assists Display with Digital Speedometer

Bersama dengan Tempat duduk yang diinspirasikan daripada Graviti Sifar, keselesaan dipertingkatkan lagi kerana ia membantu menghilangkan kepenatan pemandu semasa perjalanan yang jauh. Sama ada untuk kegunaan rekreasi atau perniagaan, Navara adalah pickup dwi kabin yang boleh dipercayai mampu membawa beban maksimum seberat satu tan.

Nissan Navara VL Plus hadir dengan jaminan selama 5 tahun atau perbatuan sejauh 150,000km (mana-mana tiba dahulu). Trak pikap ini juga boleh didapati dalam pakej Black Series yang agresif.

NAVARA 2.5L VL PLUSNAVARA 2.5L VL PLUS – BLACK SERIES
Semenanjung MalaysiaRM119,869.08RM123,642.67
SabahRM121,700.23RM125,473.82
SarawakRM121,705.41RM125,479.00
LabuanRM121,600.00RM125,400.00
LangkawiRM120,600.00RM124,400.00
  • Harga di atas jalan termasuk 0% GST tanpa insurans
  • Pakej Black Series merangkumi: Eyelid Lampu Utama berwarna hitam matte, Gril Hadapan Hitam Matte, Bampar Hadapan digelapkan, Perumah Lampu Kabus Hitam Matte, perumah Cermin SIsi Hitam Matte, Sport Bar Hitam

Navara VL Plus akan membuat penampilan dalam acara Karnival Pandu Uji Nissan Seluruh Negara di bilik-bilik pameran terpilih pada dua hujung minggu (4 hingga 5 Ogos dan 11 hingga 12 Ogos), bermula jam 10am hingga 8pm. Orang ramai dijemput untuk mengunjungi Karnival Pandu Uji Nissan Seluruh Negara dan menjadi yang terawal memandu uji Navara VL Plus baharu.

August Promotion_Joyful Tax Holiday

Tawaran, hadiah dan aktiviti menarik ada disediakan di karnival tersebut. Antaranya ialah aktiviti mesra alam Nissan Nurtures Nature yang menyeronokkan dan berkisar tentang falsafah alam sekitar 3R: Reduce (mengurangkan), Reuse (guna semula) dan Reconnect (berhubung semula):

  • Reduce – Aktiviti menanam pokok-pokok herba; menjadikan kediaman lebih hijau untuk mengurangkan Karbon Dioksida (CO2) dan menghasilkan lebih banyak Oksigen (O2).
  • Recycle – Menukar bahan buangan menjadi sesuatu yang boleh digunakan; satu pameran menunjukkan penggunaan tayar terpakai yang ditukar menjadi perabot yang menarik
  • Reconnect – Menikmati keindahan semula jadi memdatangkan ketenangan dan menyegarkan kembali serta memberi tenaga kepada tubuh badan serta minda. Satu siri Eco Talk oleh pihak aktivis eco akan mendidik pemilik serta pelanggan tentang kenapa kita perlu dan bagaimana kita boleh memainkan peranan dalam menyumbang kembali kepada alam sekitar.

Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan Seluruh Negara:

Tarikh Wilayah lokasi
3 – 4 OgosPantai TimurAEON Kota Bharu, Kelantan
4 – 5 OgosTengahETCM Glenmarie
TengahETCM Cheras
UtaraETCM Sungai Petani
UtaraETCM Taiping
Pantai TimurETCM Kuantan *
SelatanETCM Semabok
SarawakETCM Miri
SabahKompleks Karamunsing, Kota Kinabalu
11 – 12 OgosTengahETCM Petaling Jaya *
TengahETCM Puchong
UtaraETCM Weld Quay
UtaraETCM Ipoh
SelatanETCM Seremban
SelatanETCM Johor Jaya *
SarawakETCM Kuching
SabahETCM Sandakan
  • Eksklusif dengan aktiviti Nissan Nurtures Nature
  • Sesi Eco Talk hanya diadakan pada Sabtu (4 dan 11 Ogos 2018)

Tarikh dan lokasi Siri Jelajah Nissan:

Tarikh Lokasi
3 – 5 OgosThe Spring Shopping Mall, Kuching
3 – 5 OgosKompleks Karamunsing, Kota Kinabalu
3 – 5 OgosSunway Carnival Mall, Pulau Pinang
6 – 12 OgosAEON Seri Manjung, Perak
9 – 12 OgosStarling Mall, Petaling Jaya
17 – 19 OgosKluang Mall, Johor
21 – 25 OgosAEON Tebrau City, Johor Bahru
22 – 26 OgosMid Valley Megamall Exhibition Centre, Midvalley, Kuala Lumpur

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian: 1800-88-3838.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini