Tenaga Nasional Berhad terus memperkukuhkan kepatuhan amalan keselamatan dalam kalangan warga kerja dan kontraktornya menerusi inisiatif baru berkaitan budaya keselamatan yang dikenali sebagai Tenaga Safety Culture  (TSC) yang dilancarkan baru-baru ini.

TSC dilancarkan sempena Tenaga Safety Day, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Azman Mohd berkata, TSC memberi penekanan kepada empat elemen utama iaitu Menilai (Assess), Patuh (Comply), Tegur (Intervene) dan Prihatin (Actively Caring).

Venudran Raman (kiri), Tan Sri Lee Lam Thye (tengah) dan Datuk Seri Ir. Azman Mohd (kanan) di majlis pelancaran tenaga Safety Culture sempena program Tenaga Safety Day 2018.

Katanya, inisiatif membudayakan keselamatan di tempat kerja itu adalah antara usaha Syarikat untuk memastikan matlamat kemalangan sifar di tempat kerja dicapai, di samping meningkatkan pematuhan terhadap peraturan Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE).

Ia juga diyakini dapat meningkatkan reputasi Syarikat selain meningkatkan lagi budaya saling mengambil berat sesama warga kerja, kata Ir. Azman.

Pengerusi National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye dalam ucapannya pula berkata, majikan dan pengurusan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa keselamatan bukan sekadar menjadi keutamaan, malah menjadi budaya dalam organisasi mereka.

Menurutnya, kerjasama TNB dan NIOSH telah terjalin sejak 2007 lagi, menjadikan TNB salah satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menjadi penyumbang terbesar kepada perkembangan dan pencapaian NIOSH.

Datuk Seri Ir. Azman (depan, tujuh dari kanan) dan Tan Seri Lee Lam Thye (depan, enam dari kanan), bersama pegawai dan warga kerja TNB memegang sepandung Tenaga Safety Culture pada majlis pelancaran Tecaga Safety Culture sempena program Tenaga Safety Day 2018 di Kompleks Sukan TNB Bangsar, Kuala Lumpur

Justeru beliau berharap kerjasama erat di antara NIOSH dan TNB dapat diteruskan dan menjadi contoh kepada syarikat lain demi meningkatkan tahap Keselamatan, Kesihatan dan
Persekitaran, sekali gus mengurangkan kemalangan dan masalah kesihatan berkaitan pekerjaan.

Majlis turut dihadiri Pengurus Besar Jabatan HSE TNB, Venudran Raman; pengurusan tertinggi TNB, wakil-wakil agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat selain lebih 500 warga kerja TNB dan pelajar sekolah serta universiti.

Selain pameran berkaitan keselamatan, kesihatan dan persekitaran, kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan percuma turut diadakan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini