Acara prebiu Ayra, sebuah pembangunan kediaman baharu oleh Sime Darby Property di perbandaran bersepadu Bandar Bukit Raja, Klang akan diadakan pada 28 Julai 2018 (Sabtu) ini.
AYRA adalah pembangunan kediaman terkini oleh Sime Darby Property di perbandaran tersebut pada tahun ini selepas kejayaan jualan Athira dan Azira pada awal tahun ini, dengan kadar ambilan masing-masing sebanyak 90% dan 80%.
Pembangunan kediaman itu terletak di Bandar Bukit Raja yang digelar sebagai ‘Perbandaran Kebanggaan Klang’ dan merupakan salah satu perbandaran utama Sime Darby Property yang menawarkan ketersambungan yang terbaik, komuniti yang mesra dan persekitaran yang menggalakkan kehidupan sihat.
Bandar Bukit Raja, sebuah perbandaran bersepadu berkeluasan 4,333 ekar dihubungkan ke lokasi-lokasi utama seperti Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Persekutuan, serta Pelabuhan Klang dan Bandar Sultan Suleiman melalui Jalan Pintas Selat Klang Utara (lebuhraya Shapadu).
Bandar Bukit Raja juga dihubungkan secara terus ke Lebuhraya Pantai Barat (WCE) sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2019. Apabila dibuka kepada umum, ia akan membolehkan perjalanan lancar dari utara (Taiping) ke selatan (Banting).
Kelebihan Bandar Bukit Raja yang lain adalah akses mudah ke Pelabuhan Klang (Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat) serta lapangan terbang seperti Subang Skypark, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.
Rangkaian pengangkutan awam juga dapat diakses merangkumi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dan perkhidmatan KTM Komuter.
Terdapat beberapa pasar raya besar dan pusat membeli-belah di sekitar Bandar Bukit Raja seperti AEON Bukit Raja, Klang Parade, Giant Klang Sentral, Tesco Setia Alam, Setia City Mall, dan Lulu Hypermarket yang bakal dibuka. Hospital Columbia Asia dan Hospital Besar yang bakal dibuka akan terus menjadikan Bandar Bukit Raja sebagai perbandaran bersepadu dan lengkap.
Bandar Bukit Raja menggalakkan kehidupan sihat, menekankan kesihatan fizikal dan emosi bagi komunitinya. Taman bandar seluas 125 ekar yang bakal menjadi yang terbesar di Klang Utara, kini sedang dibangunkan di perbandaran itu.
Ciri-ciri keselamatan seperti pintu tunggal untuk masuk dan keluar bagi setiap kawasan
perumahan juga menjadi fokus utama perbandaran itu.
Pengurus Besar Sime Darby Property Ir. Mohd Idris Abdullah berkata, “Ayra menerapkan reka bentuk kediaman yang terbaik dari segi kelestarian dan keupayaan memenuhi keperluan pelbagai generasi. Kami yakin bahawa produk ini akan mendapat penerimaan yang baik kerana ia menawarkan ciri-ciri kediaman yang lengkap.
Nikmati kehidupan penuh ketenangan bersama alam semula jadi dan pengalaman kehidupan komuniti terbaik bersama kami di Bandar Bukit Raja.”
Ayra adalah pembangunan pegangan bebas seluas 23.91 ekar yang terdiri daripada 280 unit kediaman dua tingkat berangkai 20’ x 75’ dengan kawasan terbina bermula dari 1,901 kaki persegi. Menawarkan pemilikan mudah dengan pakej pelancaran yang menarik, acara prebiu kediaman pelbagai generasi Ayra akan diadakan Sabtu ini, dengan harga bermula dari RM683,888.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelancaran Ayra di Bandar Bukit Raja, sila hubungi Sime Darby Property di +603 – 3361 7288 / 1800 88 1118 atau layari www.simedarbyproperty.com/bandar-bukit-raja/ayra.