Kenderaan konsep baharu ini memberikan bayangan sekilas terhadap Visi Kemewahan Moden oleh BMW Group.

BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW Concept X7 iPerformance, sebuah ikon baharu yang mencontohi pendefinisian BMW mengenai mobiliti bervisi dan kemewahan progresif, ia diperkenalkan julung kalinya bukan sahaja di Malaysia, malah juga di rantau Asia Tenggara.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, “Kemewahan kini mempunyai makna yang baharu. Di BMW, kami memahaminya sebagai keupayaan mendedikasikan masa untuk anda, untuk orang lain, dan masa untuk perkara-perkara yang lain.

“Kemewahan merupakan keupayaan untuk mendefinisikan sebuah pengalaman. Kemewahan aras baharu ini pertama kalinya diperkenalkan di BMW Luxury Excellence Pavilion melalui BMW Concept 8 Series pada awal tahun ini. Kini, kami berbesar hati untuk mengongsi visi kemewahan progresif ini sekali lagi melalui BMW Concept X7 iPerformance.”

BMW Concept X7 iPerformance ini dialu-alukan melalui kejayaan yang dilakar oleh BMW Group Malaysia sepanjang tempoh 6 bulan yang pertama pada tahun 2018.

Dengan penyerahan melebihi 6,400 unit kenderaan kepada pemilik baharu BMW, MINI dan BMW Motorrad, ia mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan, iaitu sebanyak 11% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

BMW melakarkan peningkatan sebanyak 11% dengan penyerahan melebihi 5,300 unit kereta kepada pemilik BMW yang baharu dalam tempoh 6 bulan yang pertama pada tahun 2018 berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

MINI juga mencatat peningkatan yang signifikan, iaitu sebanyak 18% dengan penyerahan melebihi 550 unit kenderaan MINI. BMW Motorrad juga telah menikmati peningkatan sebanyak 8% dengan melebihi 540 pemilik baru.

Kejayaan di Malaysia sejajar dengan kejayaan BMW Group di seluruh dunia dimana pertumbuhan jualan suku dicapai kali ke-35 berturut-turut dengan penyerahan setengah tahun pertama yang terbaik dengan sejumlah 1,242,507 kenderaan BMW, MINI dan Rolls-Royce yang dihantar kepada pelanggan.

Di samping itu, penyerahan kenderaan elektrik BMW dan MINI dalam tempoh 6 bulan yang pertama pada tahun 2018 berjumlah 60,660 unit kenderaan. Ini mengesahkan kedudukan BMW Group sebagai pembekal global terkemuka bagi segmen mobiliti elektrik yang premium.

Secara domestik, portfolio kenderaan Plug-In Hybrid BMW Group Malaysia kini telah melakar lebih daripada separuh berbanding keseluruhan unit kenderaan yang dijual, iaitu pada tahap 56% dengan penyerahan yang melebihi 3,200 unit kenderaan. Ia akan membentuk mobiliti masa hadapan di Malaysia, bermula dari segmen eksekutif sehinggalah ke segmen kenderaan mewah dengan BMW 7 Series.

“Pendekatan progresif yang diambil terhadap konsep kemewahan yang diperkenalkan ini berkait rapat dengan nombor 7 dalam skema model kenderaan BMW. Kenderaan salun mewah BMW 7 Series untuk sekian lama telah menawarkan pengalaman pemanduan yang eksklusif sejak lebih dari 40 tahun.

“Inovasi yang luar biasa, ciri-ciri keselesaan yang tiada tandingannya serta reka bentuk kontemporari dan perihal dinamik kenderaan ini membentuk karakternya yang progresif dalam famili kenderaan mewah BMW yang terkini.

“BMW Concept X7 iPerformance membawa famili ini ke aras yang lebih tinggi melalui pengenalan DNA Kenderaan BMW yang bercirikan Sports Activity ke segmen kenderaan mewah,” ujar Harald.

Kenderaan Konsep ini merupakan sebuah demonstrasi bagi pendekatan terbaharu BMW Group terhadap segmen kenderaan mewah yang menterjemahkan pemahaman moden jenama ini tentang mobiliti bervisi dan kemewahan progresif.

BMW Concept X7 iPerforrmance mencabar pembatasan dan melambangkan pemahaman baharu terhadap konsep “kemewahan” melalui rupa paras luarannya yang menawan dan terdiri daripada garisan reka bentuk yang terfokus.

Ia merupakan kesinambungan terhadap saiz yang sempurna, ruangan dalaman bagi 6 individu yang di reka suai dengan ciri-ciri asas: bentuk yang elementari, material bertaraf tinggi dan sistem maklumat hibur (infotainment) canggih yang dilengkapi dengan kelebihan keterhubungan.

Lencana ‘iPerformance’ pula melambangkan kehadiran teknologi BMW eDrive yang mengagumkan, ia digandingkan dengan enjin petrol BMW TwinPower Turbo untuk menghasilkan powertrain plug-in hybrid yang sangat efisien dan dinamik. Gandingan ini memberikan pengalaman pemanduan yang menakjubkan dalam apa jua keadaan – termasuk melalui pemanduan emisi sifar tempatan.

BMW Concept X7 iPerformance akan dipamerkan secara eksklusif di Bangsar Shopping Centre bermula dari hari Rabu, 18 Julai 2018 sehingga hari Ahad, 22 Julai 2018 sewaktu berlangsungnya BMW X Range Roadshow.

BMW Concept X7 iPerformance

Status BMW Concept X7 iPerformance sebagai sebuah Kenderaan Sports Activity BMW (SAV) berkelas mewah jelas terserlah. Bahasa dan lenggok rekaan BMW SAV ini disemai pada bahagian luaran kenderaan tersebut melalui penggunaan bentuk dan garisan yang teliti, ditambah dengan ciri-ciri kehalusan dan kelincahan tinggi yang sejajar dengan saiz dan keseimbangan kereta tersebut.

Ciri-ciri ini menonjolkan pengalaman eksklusif yang boleh dirasai dari dalam kenderaan tersebut ke dunia luar. Keseimbangan vertikal yang jelas dengan jarak kelegaan tanah (ground clearance) yang lebih tinggi menepati BMW Concept X7 iPerformance sebagai sebuah model kenderaan BMW X.

Famili Baharu BMW X.

Ciri utama yang terdapat di bahagian hadapan kereta ini ialah gril kidney vertikalnya yang menonjol, ia melambangkan satu-satunya jenama kenderaan premium yang unik, iaitu BMW. Bingkai gril serta bar vertikal yang digunakan merupakan single-piece dan terdiri daripada reka bentuk yang padu.

Gril yang menawan dan serokan udaranya membuahkan keterampilan visual yang gah, dengan gilapan dari setiap segi kenderaan tersebut serta lapisan permukaan matte menonjolkan kontras yang memberi nuansa kepada bahasa reka bentuk yang mengagumkan ini.

Bahagian atas lampu hadapan berkembar yang langsing dan memanjang pada kenderaan ini didatangkan dengan pencahayaan laser BMW yang bersambung pada gril kidney. Pencahayaan signatur X berwarna biru yang dipancarkan oleh laser BMW ini menonjolkan keyakinan BMW Concept X7 iPerformance yang mewakili famili BMW SAV.

Satu bar pada gril kidney diunjurkan menjangkaui kelebaran apron hadapan yang terletak di paras yang lebih rendah, sebelum dinaikkan secara vertikal untuk membingkaikan ruang pemasukan udara luaran pada bahagian atas.

Ciri jarak kelegaan tanah mana-mana model kenderaan BMW X serta garisan tetapan tinggi di bahagian kiri dan kanan kenderaan seumpamanya juga memberikan kenderaan ini penampilan atletik, diserlahkan lagi oleh garisan bahu yang memanjang lalu membuahkan kefizikalan kenderaan ini yang tampak beralun.

Garisan bahu kenderaan ini memisahkan badan kereta tersebut ke bahagian berkaca (menampakkan ruangan dalaman kenderaan ini yang luas) dan struktur logam yang utuh. Lengkungan roda yang membulat – yang pertama bagi siri BMW X – menonjolkan estetika yang penuh sofistikasi pada kedua-dua sisi kenderaan ini.

Permukaan kenderaan tersebut lebih menjadi lebih kukuh dan padu semakin kita menganjak ke bahagian belakang kenderaan ini, lantas memberikan jentera ini dinamisme yang samar apabila dilihat dari sisi.

Strip krom yang ketara pada ambang pintu (door sills) memberikan penekanan terhadap penampilan garisan bahu kereta ini yang memanjang dan diunjurkan serta permukaan yang penuh sofistikasi di bahagian bawah.

Sama seperti elemen trim yang terdapat pada bahagian hadapan kenderaan ini, strip krom yang terletak di kedua-dua sisi kenderaan tersebut juga membingkaikan Air Breathers dengan penggayaan vertikal, sebelum diunjurkan dengan lurus ke bahagian belakang.

Bahagian luaran kenderaan ini yang menampilkan warna eksklusif metalik Manhattan menyebatikan permukaan dan bentuk kenderaan ini dalam warna gangsa (olive-bronze) gelap lalu menonjolkan penggayaan yang gah pada bahagian sisi kenderaan ini dengan ciri sofistikasi.

Penampilan bahagian belakang kenderaan ini menterjemahkan keluasan ruangan kenderaan tersebut dengan sebaiknya. Bibir aero (aero lips) vertikal serta under guard yang dipadankan dengan warna badan kenderaan ini membentuk sebuah bingkai yang menarik pada bahagian belakang.

Siluetnya pula didatangkan dengan lampu belakang yang langsing dengan bentuk L tiga dimensinya, dan dihubungkan dengan bar krom yang menawan, lalu memberikan jentera ini sebuah penampilan yang teknikal dan berkualiti tinggi pada bahagian belakang.

Di antara lengkungan roda kenderaan ini, apron belakang dengan pembuka pintu but yang praktikal menyediakan sebuah platform yang kukuh pada struktur bahagian belakang kereta tersebut. Kereta ini juga hadir tanpa sebarang hiasan pada ekor ekzosnya (tailpipe) dan secara tidak langsung dikaitkan dengan identiti plug-in hybrid jentera BMW Concept X7 iPerformance ini.

Tambahan lagi, apron belakang dengan pembuka pintu but yang praktikal membentuk struktur belakang kenderaan ini dengan estetika yang kukuh.

Ruangan dalaman mewah

Keluasan ruangan dalaman BMW Concept X7 iPerformance menterjemahkan keselesaan superlatif dengan ambien yang eksklusif dan penuh sofistikasi. Selain itu, bumbung panoramik kenderaan ini yang luas juga memberikan lebih banyak ruang vertikal bagi pemandu dan penumpang kenderaan ini.

Enam tempat duduk luas yang diseimbangkan di dalam kenderaan ini disusun melalui tiga barisan, empat daripada kesemua tempat duduk tersebut mempunyai reka bentuk individual yang eksklusif.

Barisan tempat duduk kedua memberikan akses yang mudah ke barisan tempat duduk ketiga, dan bes tempat duduk ini yang renceng juga memberikan ruang letak kaki yang lebih luas bagi penumpang di tempat duduk belakang.

Bumbung panoramik berkaca memenuhi kabin kereta ini dengan ruangan yang luas dan berudara, melalui pencantuman antara bumbung panoramik dan badan kenderaan ini yang mengunjur ke bahagian belakang barisan tempat duduk belakang dalam struktur berbentuk Y. Ini bermakna penumpang di barisan tempat duduk tengah dapat merasai sensasi kebebasan dan keluasan sama seperti di tempat duduk hadapan.

Kulit gangsa (Olive-Bronze) gelap – dengan pigmentasi emas halus – yang menyelaputi bolster tempat duduk kenderaan ini membawa udara keeksklusifan dengan ketelitian. Material kulit berwarna putih (Smoke White) yang disulam pada permukaan tempat duduk yang selebihnya pula memberikan kontras yang menarik.

Setiap tempat duduk yang berbentuk kelompang pada bahagian belakang dirapikan dengan sulaman material kulit dan digunakan untuk menonjolkan ambien kontemporari dan bertaraf tinggi.

Garisan bahu berwarna gelap yang diunjurkan dari bahagian bawah tingkap melengkapi horizon yang berterusan sepanjang ruang kabin kenderaan ini, ia mewujudkan ketenangan yang menyegarkan ke ruangan dalaman kenderaan tersebut.

Penggunaan selektif open-pore ash dalam warna gelap (dark-stained), serta kemasan matte memberikan penyudah kepada pengalaman material natural yang anda boleh rasai. Elemen aluminium jenis matte dan yang digilap telah digunakan untuk menambah keanggunan kenderaan tersebut. Keluasan serba mewah yang boleh dialami dari kesemua tempat duduk dibangkitkan lagi secara samar oleh uraian pencahayaan laser pada permukaan bumbung dan ambien dinamik serta pencahayaan kontur.

Maklumat hiburan yang diperibadikan melalui integrasi yang mudah dari dunia digital pemilik ke kereta tersebut. Bahasa reka bentuk BMW terbaharu, yang menampilkan permukaan yang luas dan sisian yang kemas, menampilkan panel instrumen yang memfokuskan ciri-ciri asas sahaja, juga estetika moden.

Skrin kluster instrumen bersaiz 12.3 inci dan paparan informasi skrin sentuh sentral terletak berhampiran satu sama lain untuk membolehkan pemaparan canggih yang berterusan. Konsep operasi yang terbaharu membolehkan kedua-dua paparan tersebut digunakan secara interaktif.

Pada bahagian bawah instrumen ini, iaitu di konsol pusat (centre console) dan tindanan kefungsian pusat (centre stack), pengelompokan kefungsian melalui kemasan permukaan yang rapi menampilkan pendekatan minimalis. Kaca kristal dengan pencahayaan latar (backlit) separa yang berwarna gelap keperakan (Silver Night) mengunjurkan sofistikasi terhadap elemen yang lain seperti tuil pemilih (selector lever), Pengawal iDrive (iDrive Controller) dan butang multifungsi yang terletak di stereng.

Penawaran maklumat hibur yang tercanggih juga boleh diakses dengan mudah oleh penumpang di tempat duduk barisan kedua dengan hujung jari mereka melalui skrin sentuh yang terletak di belakang tempat duduk barisan pertama.

Kelebihan keterhubungan digital sebagai sebuah kemewahan progresif yang premium direalisasikan oleh BMW Connected, ia membolehkan integrasi maklumat hibur yang lancar antara barisan tempat duduk yang pertama dan kedua.

Contohnya, penumpang akan mempunyai akses kepada servis digital yang diperibadikan seperti seleksi maklumat hibur atau kandungan perihal kerja yang membolehkan perjalanan mereka menjadi lebih selesa, menghiburkan dan lebih produktif.

Kandungan digital juga boleh dikongsikan dengan individu lain yang turut menaiki kenderaan tersebut. Sebagai contoh, penumpang dan pemandu boleh menghantar lagu dari peranti peribadi mereka ke sistem muzik kenderaan tersebut melalui isyarat sentuh, menghantar artikel menarik ke paparan yang bersebelahan bagi penumpang yang duduk berhampiran mereka untuk dibaca atau menghantar alamat dari e-mel mereka terus ke sistem navigasi kenderaan tersebut.

Koreografi LED interaktif (Interactive LED choreography) melalui panel pintu dan panel instrumen membolehkan komunikasi yang lancar antara skrin belakang dan paparan yang terletak di bahagian hadapan kabin.

Secara keseluruhannya, BMW Concept X7 iPerformance mendemonstrasikan kemustahilan untuk menggandingkan kenderaan sports activity yang bersaiz besar dengan drivetrain elektrik, dan disempurnakan dengan kelebihan keterhubungan digital. BMW X7 yang bakal dikeluarkan terdiri daripada model kenderaan yang paling besar di dalam sejarah bagi pengeluar kenderaan premium ini dan ia dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun 2019.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini