Anugerah BCI Asia 2018 namakan LBS Bina Group Berhad (LBS) antara 10 pemaju terkemuka di Malaysia

LBS Bina Group Berhad, pemaju perbandaran diiktiraf atas amalan dan reka bentuk mampan dengan membina perbandaran mampan untuk komuniti yang sedang berkembang maju.

Anugerah 10 Pemaju Terkemuka BCI Asia 2018 mengiktiraf pemaju-pemaju dengan sumbangan paling penting ke arah pembangunan mampan dalam tujuh pasaran serantau merentasi Asia. Ini ialah kali ketiga LBS menerima pengiktirafan tersebut.

“Hari ini, lebih ramai orang telah mula menyedari tentang jejak karbon mereka dan kita melihat ramai orang berusaha untuk mengurangkan kesannya ke atas alam sekitar. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kemampanan ialah satu elemen penting yang kami pertimbangkan dalam setiap projek dan proses kami.

(hadapan, tiga dari kiri) Pengarah Eksekutif LBS Bina Group Berhad, Major (Hon) Dato’ Sri Daniel Lim Hock Sing, menerima Anugerah BCI Asia 2018 -kategori 10 Pemaju Terkemuka 2018; (dari kiri) Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Ar Ezumi Harzani; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), yang Berharmat Puan Zuraida Kamaruddin; dan Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pengarah Eksekutif BCI Media Group, Dr. Matthias Krups

“Ini bermakna kami bekerja kuat untuk menggabungkan amalan praktikal dalam reka bentuk kami bagi memaksimakan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi dalam kediaman; meningkatkan usaha untuk melaksanakan amalan cekap tenaga. Kami juga menggunakan bahan-bahan pembinaan yang mampan,” kata Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San.

Mengenai amalan-amalan mampannya pada masa ini, LBS berkongsi kebaikan dalam mengadaptasi Sistem Bangunan Berindustri (IBS) yang dapat meningkatkan kecekapan pekerja, mengurangkan bahan buangan, dan persekitaran tapak pembinaan yang bersih serta mengurangkan kesesakan.

LBS juga dikenali melalui pengunaan rekaan lestari; sebagai contoh, D’ Island Residence ialah salah satu daripada pembangunan terkemuka pertama dalam portfolio LBS yang menggabungkan sistem penuaian air hujan yang menakung air tidak boleh diminum dari bumbung untuk digunakan semula di sekeliling rumah.

Secara purata, sistem tersebut dianggarkan mampu menjimatkan air sehingga 84,862 liter air bagi setiap kediaman setahun. Ciri-ciri hijau yang lain termasuk lampu-lampu jalan yang menggunakan Diod Pengeluar Cahaya (LED) di sekeliling perbandaran Bandar Saujana Putra milik kumpulan yang menggalakkan kecekapan tenaga dalam jangka masa panjang.

“Kami percaya dengan menggabungkan elemen-elemen hijau ke dalam projek-projek pembangunan kami dapat menguasakan lagi para pembeli kediaman untuk mengurangkan jejak karbon mereka dalam jangka masa panjang.

“Amalan-amalan hijau bukan hanya keperluan kepada peraturan semata-mata tetapi hendaklah dilihat sebagai amalan terbaik yang berbaloi untuk diusahakan bagi membantu masyarakat masa hadapan berkembang maju,” kata Tan Sri Lim.

LBS yang amat berbesar hati menerima pengiktirafan industri ini, mengakui kepentingan Anugerah BCI Asia 2018 – Anugerah Sepuluh Pemaju Terkemuka 2018. “Kami amat berbesar hati untuk tersenarai antara yang terbaik dalam industri.

Hala tuju kami yang jelas, sokongan daripada pasukan LBS yang berdedikasi dan kepercayaan daripada para pemegang saham dan pembeli kediaman kami telah memungkinkan pencapaian ini. Pencapaian ini meyakinkan kami bahawa kami sedang menuju ke arah yang betul.

“Memasuki separuh kedua 2018, kami kekal fokus untuk mewujudkan persekitaran hidup, kerja dan rekreasi yang mampan untuk manfaat para pembeli kediaman di Malaysia,” kata Tan Sri Lim.

Dari Januari hingga Jun, LBS telah mencatatkan jualan sebanyak RM815 juta. Yakin untuk mencapai sasaran jualannya bagi tahun 2018 sebanyak RM1.8 bilion, LBS kini berada pada landasan yang betul dengan 18 projek yang sedang berjalan dengan gabungan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM3.95 bilion. LBS akan membuat pelancaran pembangunan pada setengah tahun kedua 2018 dengan jumlah GDV hampir RM1 bilion.

Sepuluh pemaju terkemuka 2018 ini telah dipilih berdasarkan tahap kemampanan projek-projek mereka [seperti yang ditetapkan oleh penyelidikan peneraju projek komprehensif BCI Asia dan penarafan bangunan hijau yang disahkan, melalui penganugerahan sijil bertauliah daripada Majlis Bangunan Hijau Dunia sepanjang tahun lepas].

Anugerah BCI Asia – Anugerah Sepuluh Terkemuka kini telah memasuki tahun ke-14 semenjak dimulakan pada 2003. Ia dianggap sebagai anugerah yang paling diimpikan bagi sektor seni bina, pemaju dan pembinaan di Asia seperti di Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Majlis makan malam gala BCIAA 2018 telah diadakan di hotel Hilton Kuala Lumpur dan telah diserikan dengan kehadiran Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Ar Ezumi Harzani dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini