Affin Bank Berhad (Affin Bank) mengumumkan bahawa ia telah memperolehi pensijilan Standard Data Keselamatan Industri Data Kad Pembayaran (PCI DSS), iaitu piawaian keselamatan kad pembayaran global yang paling menyeluruh dalam industri.

AFFIN Bank dalam kenyataannya berkata, piawaian keselamatan maklumat sedunia ini oleh ‘Payment Card Industry Security Standards Council’ (PCI SSC) untuk melindungi maklumat sensitif kad dan mengelakkan kemungkinan penipuan.

LGMS merupakan penilai utama yang diiktiraf di Asia Pasifik dari segi keselamatan dan teknologi siber, telah menyampaikan pensijilan prestij itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Affin Bank Berhad, Kamarul Ariffin Mohd Jamil.

Pada masa ini, hanya segelintir institusi kewangan di negara ini diperakui dengan pensijilan ini. Dengan pencapaian ini, Affin Bank telah menunjukkan komitmen pengurusan tertinggi dalam keselamatan perlindungan maklumat, terutamanya menyediakan kawalan keselamatan yang kukuh terhadap data sensitif pelanggan.

Bank telah menubuhkan tadbir keselamatan maklumat yang kukuh meliputi pelbagai aspek perlindungan data.

“Apabila perniagaan berkembang seiring dengan kemajuan teknologi, syarikat akan menjadi lebih terdedah kepada ancaman luar dan keselamatan menjadi faktor yang amat penting. Dengan pengesahan daripada salah satu penilai keselamatan utama dalam industri, ia membolehkan kami menawarkan tahap jaminan keselamatan yang lebih tinggi kepada semua pelanggan dan para pelabur kami,” kata Kamarul Ariffin.

“Pematuhan kepada Standard Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran ini dapat memberikan jaminan kepada para pelanggan Affin Bank dalam pengurusan sistem pembayaran yang sensitif ini oleh pihak Bank.

“Melalui pematuhan kepada standard ini, Affin Bank kini sebahagian daripada usaha bersatu global untuk membanteras aktiviti penyalahgunaan data kad pembayaran,” kata Fong Choong Fook, PCI-ASV dan Ketua Pegawai Eksekutif LGMS, sambil menyerahkan Perakuan Rasmi Pematuhan PCI DSS kepada Affin Bank.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini