Petron terus mengujakan peminat filem Marvel dengan sekuel filem Marvel baharu, “Ant-Man and The Wasp”.

PETRON melalui kerjasama dengan Disney Network Malaysia menganjurkan tayangan khas eksklusif  untuk rakan niaga, pelanggan, dan media, sehari lebih awal daripada tayangan umum pada 3 Julai 2018 (Selasa).

Khusus buat peminat filem Marvel “Ant-Man and The Wasp”, Petron menawarkan peluang memenangi pengalaman Marvel VIP selama 5 hari dan 4 malam di London, dan menghadiri konvensyen komik terbesar di UK, iaitu acara “ComicCon London” yang akan diadakan pada Mei 2019.

Petron Antman and The Wasp, a fun night for all guests who were amongst the first to watch Ant-Man and the Wasp in the advanced private screening

“Kami sentiasa berusaha untuk menghargai pelanggan Petron menerusi kempen dan inisiatif ‘Fuel Happy’. Kolaborasi bersama Disney dan Marvel Comics merupakan platform terbaik bagi kami untuk menghargai dan menggembirakan pelanggan setia kami dan seterusnya, turut memenangi percutian ke London.

Kesemua ini adalah sebahagian daripada pengalaman Petron yang kami tawarkan kepada semua pelanggan kami, ” kata Faridah Ali, Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron.

Pelanggan dan peminat boleh menyertai Peraduan “ComicCon London” apabila mereka mengisi petrol sekurang-kurangnya RM50 di stesen minyak Petron dan leretkan kad Petron Miles mereka, serta menjawab 2 soalan dengan betul.

Petron Antman and The Wasp, Celebrities and partners had marvelous time at the exclusive screening of Ant Man and The Wasp at TGV 1Utama

Petron juga akan memilih 450 pemenang sagu hati yang akan membawa pulang barangan edisi terhad “Ant Man and The Wasp” yang terdiri daripada termos, t-shirt, hoodies dan beg sandang bernilai RM500. Pemenang akan dipilih setiap minggu dari setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak sepanjang tempoh peraduan (21 Jun hingga 20 Ogos 2018).

“Buat kali ini, kami ingin memberi ganjaran sebanyak mungkin kepada pelanggan kad PMiles, sebagai tanda penghargaan di atas sokongan setia mereka sepanjang tahun,” kata Faridah semasa tayangan eksklusif  filem Ant Man and The Wasp di TGV 1UTama.

Untuk maklumat lanjut dan berita mengenai Petron, sila layari www.petron.com.my. Ikuti informasi terkini berkaitan promosi dan aktiviti Petron melalui Facebook @PetronMalaysia, Twitter @Petron_Malaysia dan Instagram @petron_malaysia. Ikuti hashtag rasmi Petron #PetronFuelHappy

Tentang Petron di Malaysia

Petron Malaysia merupakan syarikat ternama dalam pasaran minyak hiliran di Malaysia. Kilang Penapisan Petron di Port Dickson yang mengeluarkan 88,000 tong sehari, menghasilkan pelbagai jenis bahan api dan bahan bakar yang berkelas dunia yang diedarkan menerusi tujuh terminal yang terletak di lokasi strategik di seluruh negara.

Menerusi lebih 600 stesen di seluruh negara, Petron Malaysia menjual bahan api premium seperti Blaze 100 Euro 4M, Blaze 97, Blaze 95, Turbo Diesel Euro 5 dan Diesel Max. Petron amat komited dengan visinya untuk muncul sebagai penyedia utama solusi penuh buat pelanggan dalam sektor minyak dan perniagaan berkaitan. Sila layari www.petron.com.my.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini