UD Trucks dan pengedar tunggalnya, Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE) baru-baru ini mengalu-alukan ketibaan UPC Chemicals (Malaysia) Sdn Bhd sebagai pemilik baru trak-trak UD.

UPC Chemicals telah membeli 5 unit trak tugas berat UD Quester melalui Edaran Setia Auto, pengedar sah TCIE di kawasan Pantai Timur.

Tempahan itu menandakan bermulanya kerjasama di antara semua pihak terlibat, memandangkan UD Trucks merupakan jenama trak yang pertama dan satu-satunya dimiliki oleh UPC Chemicals.

UD Trucks Handover to UPC Chemicals

Bagi meraikan pencapaian ini, satu majlis penyerahan diadakan di Port Tank Farm UPC Chemicals di Kuantan yang dihadiri oleh seluruh pasukan pengurusan syarikat.

Pengarah Jualan dan Pemasaran UD Trucks Malaysia, Eddy Chan berkata, “Jenama UD Trucks sangat dikenali atas kualiti buatannya dan kepakarannya. Ini menjadi faktor utama dalam penghasilan trak yang boleh dipercayai, tahan lasak dan kelihatan moden, selain dibina agar boleh ‘go the extra mile’.

“Trak Quester dibina menggunakan kepakaran teknologi global dan prinsip keselamatan untuk membantu pelanggan terus maju dalam perniagaan mereka.

Bersama dengan rakan kami sejak sekian lama, TCIE yang memiliki kepakaran ekstensif dalam bidang sumber dan pemasangan tempatan, ia membolehkan Quester menjadi sebuah trak tugas berat yang mampu milik serta tidak berkompromi dari segi prestasinya.

Bersependapat dengan Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Tan Chong Industrial Equipment Sdn. Bhd., Wong King Yoon berkata, “Saya yakin UPC Chemicals (Malaysia) Sdn Bhd berada di dalam tangan yang baik kerana Edaran Setia Auto telah mendapat sokongan penuh daripada TCIE dalam menawarkan perkhidmatan selepas jualan terbaik untuk UD Trucks.

Alat Ganti Tulen UD juga mudah didapati menerusi rangkaian perkhidmatan kami yang mantap. Sokongan kami akan memastikan trak UD Quester boleh memberikan prestasi terbaik dan menyumbang kepada peningkatan tempoh operasi dan produktiviti UPC Chemicals.”

UD Trucks Handover to UPC Chemicals

UPC Technology Corporation ditubuhkan pada tahun 1976 sebagai pengeluar produk petrokimia. Selain fokus ke atas perniagaan utamanya iaitu kimia, UPC turut menyokong pembangunan perniagaan kepakaran kimia dan perkhidmatan logistik. Dengan 7 pusat pengilangan dan logistik di China, UPC dilihat terus mengembangkan perniagaannya di Asia Pasifik.

Ia juga bekerjasama rapat dengan pembekal material mentah tempatan BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat di pasaran ASEAN.

“Bagi memenuhi keperluan perniagaan yang pantas berkembang, kami tahu bahawa kami perlu bersedia untuk mengendalikan lebih banyak penghantaran. Justeru, kami memerlukan trak yang tahan lasak, boleh dipercayai, jimat bahan api dan mampu milik untuk menghantar produk kepada para pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Bersama-sama dengan Edaran Setia Auto yang tidak jemu untuk memenuhi segala kehendak kami, kami percaya UD Quester akan dapat membantu meningkatkan produktiviti perniagaan kami,” kata Pengurus Besar UPC Chemicals (Malaysia) Sdn. Bhd., Wu Weiting.

Tan Chong Industrial Equipment memiliki rangkaian 43 pusat servis dan pengedar di seluruh negara. Sebarang pembelian trak UD akan disokong oleh perkhidmatan UD Extra Mile Support yang merangkumi Servis dan Alat Ganti Tulen UD, Latihan Pemandu UD, UD Telematics dan Perjanjian Servis Kepercayaan UD untuk semua pelanggan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini