Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, masih ramai yang tengah mencari lokasi menarik untuk berbuka puasa sama ada bersama teman atau keluarga tersayang. Hype Motorsports Hotel Kuala Lumpur mungkin boleh menjadi pilihan anda.
HYPE Motorsports Hotel Kuala Lumpur (Hype Hotel KL) yang dahulu dikenali sebagai Nouvelle Hotel terletak sebelum Plaza Tol Sungai Besi iaitu di sebelah kiri jika datang dari arah Kuala Lumpur. Hotel ini mudah kelihatan kerana hanya terletak di tepi lebuh raya atau nak lebih senang cari korang setkan ‘Waze’ anda ke arah Hype Motorsports Hotel Kuala Lumpur.
Apa yang menarik untuk berbuka puasa di Hype Hotel KL? Tentu sekali pilihan menu buffet Ramadan terdiri daripada masakan tradisional Melayu hingga kepada masakan ala Barat yang sedap-sedap belaka dalam suasana sebuah hotel berkonsepkan permotoran yang pertama di Malaysia.
Menurut Chef Korporat Hype Hotel KL, Mohd Saiful Othman berkata, terdapat lebih 60 pilihan makanan dan minuman disediakan untuk pengunjung yang ingin menikmati juadah buffet berbuka puasa di Paddock Club di sini.
Beliau berkata, menu yang menjadi ‘signatur’ atau paling menarik ialah Nasi Beriani Kambing yang diolah mengikut citarasa tempatan manakala minuman pilihan ialah Teh Tarik Dhaka yang dicampur dengan cincau.
Antara sajian ala kampung yang ditawarkan di sini ialah Ikan Patin Tempoyak, Sup Ekor/Sup Tulang, Tauhu Masala, Daging Kurma, Mee Kari, Asam Pedas, Nasi Minyak., Ayam Percik dan Rendang Tok serta banyak lagi.
Pilihan menu ulam-ulaman yang lengkap dengan sambal dan pilihan salad juga boleh menjadi pilihan kepada mereka yang ingin menikmati juadah yang ‘sihat’ manakala pilihan sup seperti sup cendawan dan sup ekor boleh dinikmati dengan roti putih.
“Pilihan menu yang berkonsepkan ‘Mampu Makan’ ini ditukar setiap 2 hingga 3 kali seminggu dan rata-rata pelanggan cukup berpuas hati dengan menu yang disediakan malah harga buffet yang berpatutan iaitu RM58 bersih untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun,” kata Chef yang berbadan ‘sado’ ini.
Beliau yang memiliki pengalaman lebih 21 tahun bekerja sebagai Chef termasuk pernah berkhidmat dengan KRU Studio berkata, Hype Hotel KL turut menyediakan hidangan Kambing Bakar yang terletak dibahagian luar hotel.
So, apa tunggu lagi, jika anda yang tidak sempat pulang ke rumah untuk berbuka puasa atau terperangkap dalam kesesakan jalan raya menuju ke tol Sungai Besi, singgah sahaja ke Hype Hotel KL yang terletak bersebelahan lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban, Sungai Besi.
Hype Motorsports Hotel Kuala Lumpur ini boleh menjadi lokasi pilihan untuk anda berbuka puasa pada tahun ini sama ada pada hari bekerja atau hujung minggu. Kemudahan surau juga disediakan ditingkat satu hotel berkenaan.
Bagi mereka yang tinggal berhampiran Nilai, Salak Tinggi ataupun Sepang boleh mencuba menu buffet berbuka puasa yang sama juga ditawarkan di Hype Motorsports Hotel Nilai, Negeri Sembilan.