TH Properties Sdn Bhd (TH Properties) meraih anugerah 5-bintang untuk tahun kedua berturut-turut di majlis Asia Pacific Property Awards 2018 – 2019.

Anak syarikat Lembaga Tabung Haji itu diumumkan sebagai pemenang di dalam kategori Pembinaan & Reka Bentuk Hotel Baharu Terbaik untuk projek TH Hotel & Convention Centre KLIA, sekali gus diiktiraf terbaik di Malaysia untuk kategori berkenaan.

(from left to right) Abd Kadir Sahlan, TH Properties Group Board Member; Datuk Seri Johan Abdullah, TH Properties Group Board Member; Dato’ Mohzani Datuk Dr. Abdul Wahab; TH Properties Group Chairman; Dato’ Roszali Othman, Group Managing Director and Chief Executive Officer of TH Properties Group; and Dato’ Ar. Mohd Fazillah Mohd Ali, TH Properties Group Board Member celebrating their win.

Anugerah tersebut menyusuli kemenangan berganda TH Properties pada tahun lepas di mana Kumpulan itu telah merangkul tiga anugerah 5-bintang untuk projek-projeknya iaitu, TH Hotel & Convention Centre Kuching (bagi kategori Pembinaan & Reka Bentuk Hotel Baharu Terbaik), Kompleks Islam Putrajaya (bagi kategori Pembangunan Pejabat Terbaik) dan Bay Pavilions di Sydney, Australia (bagi kategori Pangsapuri Terbaik).

TH Hotel & Convention Centre Kuching juga turut merangkul anugerah peringkat antarabangsa dan Asia Pasifik bagi kategori yang sama di majlis International Property Awards 2017 – 2018 di London, United Kingdom pada bulan Disember tahun lalu.

The entrance to the TH Hotel & Convention Centre KLIA.

Lantaran itu, TH Hotel & Convention Centre Kuching diiktiraf terbaik di dunia untuk kategori
Pembinaan & Reka Bentuk Hotel Baharu.

TH Hotel & Convention Centre KLIA yang dibina di atas tapak seluas 17.725 ekar ini bakal menempatkan hotel bertaraf 4-bintang yang akan dikendalikan oleh Mӧvenpick Hotels & Resorts, Anjung Tinjau, pusat konvensyen termasuk pusat operasi haji, dan Astaka.

Hotel patuh-Syariah ini menawarkan 333 bilik serta kemudahan hotel lain seperti kolam renang berasingan untuk lelaki dan wanita, tempat permainan kanak-kanak, gim, spa dan 4 buah café dan restoran.

The female swimming pool at the TH Hotel & Convention Centre KLIA.

Dewan bankuet di kompleks itu mampu memuatkan 2,500 orang dan 10 buah bilik seminarnya mempunyai kapasiti sebanyak 15 – 20 orang sebilik.

Pembinaan kompleks ini mensasarkan skor 68 iaitu penarafan perak (silver) untuk indeks bangunan hijau atau Green Building Index. Kompleks ini bakal menggantikan Kompleks Haji Kelana Jaya, yang telah beroperasi selama 36 tahun, sebagai pusat operasi dan pelepasan haji.

Asia Pacific Property Awards merupakan sebahagian daripada komponen International Property Awards yang mengiktiraf kecemerlangan dari segi kualiti reka bentuk, pembinaan dan penyampaian projek hartanah individu dan pembangunan hartanah, seni bina dan pemasaran dari syarikat-syarikat seluruh dunia.

Inside view of the TH Hotel & Convention Centre KLIA.

Anugerah hartanah berprestij ini merangkumi rantau Afrika, Amerika Syarikat, Asia Pasifik, Arab, Kanada, Caribbean, Amerika Tengah dan Selatan, Eropah dan United Kingdom.

“Pengiktirafan peringkat antarabangsa seperti mana yang dianugerahkan kepada projek-projek TH Properties menjadi kayu ukur kepada kemajuan dan prestasi Kumpulan ini. Sebagai organisasi yang menitikberatkan mutu dan integriti, kami sentiasa mencari ruang untuk mempertingkatkan kualiti dan inovasi.

The male swimming pool at the TH Hotel & Convention Centre KLIA.

Justeru itu, anugerah ini saya dedikasikan kepada Lembaga Pengarah, sidang kepimpinan kanan dan kakitangan Kumpulan TH Properties kerana kerja keras mereka telah menyumbang kepada kejayaan ini,” kata Pengarah Urusan Kumpulan TH Properties, Dato’ Roszali Othman.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini