Menjelang musim Ramadan ini, KFC Malaysia menjemput para pelanggannya menikmati menu enak menerusi sensasi ayam rangup terbaharu – KFC Nacho Cheezy Crunch.

HIDANGAN masa terhad ini menyajikan sesuatu yang berbeza dengan kombinasi kerangupan nacho bersama Keju Jalapeno lazat yang pasti menambat hati setiap penggemar ayam goreng di luar sana.

Kerangupan yang tiada tandingan di dalam hidangan KFC Nacho Cheezy Crunch ini dihasilkan daripada lapisan kepingan nacho yang digoreng keemasan bersama ayam empuk KFC Hot & Spicy. Ciptaan yang menggamit selera ini diperhebat dengan sos Keju Jalapeno bagi kelazatan yang benar-benar memuaskan.

“Kami mempersembahkan inovasi terbaru ini khas buat pencinta ayam goreng yang sentiasa mengidamkan lebih keju dan lebih kerangupan. Ayam Hot & Spicy kegemaran ramai disalut sempurna dengan kepingan nacho, dihidang pula bersama sos Keju Jalapeno menghasilkan kerangupan yang tiada bandingan.

Setiap gigitan pasti memberi lebih kenikmatan,” kata Naib Presiden Kanan KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan.

“Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba ini, kami berharap Nacho Cheezy Crunch dapat membawa keceriaan kepada anda dan seisi keluarga ketika berbuka,” tambah beliau.

KFC Nacho Cheezy Crunch boleh didapati di dalam kombo 2 ketul dan 3 ketul ayam. Bermula daripada RM14.90, setiap kombo didatangkan bersama sos Keju Jalapeno, hidangan sampingan KFC iaitu kentang putar dan coleslaw, serta minuman SJORA yang menyegarkan.

Dapatkan KFC Nacho Cheezy Crunch di setiap restoran KFC seluruh Malaysia bermula 8 Mei
2018, sementara stok masih ada! Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my