ONE RIDE 2018 adalah acara tahunan yang diadakan di lebih 100 negara di seluruh dunia pada setiap 8 April untuk pemilik motosikal Royal Enfield (RE) mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik seperti berkumpul dan berkonvoi.

RE Motorcycles Sdn Bhd sebagai pengedar jenama motosikal Royal Enfield di Malaysia menganjurkannya di negara ini dengan konvoi bermula dari ruang pameran mereka di Shah Alam menuju ke Janda Baik, Pahang.

Lebih 70 pemilik motosikal RE dari seluruh negara hadir untuk memeriahkan acara yang ditunggu-tunggu ini kerana dapat berjumpa rakan-rakan daripada minat yang sama selain dapat bersantai sambil beriadah.

Pengurus Besar RE Motorcycles Muhammad Syahrul Abdullah berkata, sambutan tahun ini sangat memberangsangkan kerana jumlah pemilik yang semakin bertambah serta pemilik sedia ada konsisten menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan.

“ONE RIDE 2018 juga sebagai penghargaan buat pemilik RE yang menyokong jenama motosikal ini untuk terus berkembang dan diterima baik di Malaysia,” katanya yang ditemui di Janda Baik.

Pemilik-pemilik RE daripada pelbagai berkumpul di Chalet Ibu, Janda Baik dengan aktiviti seperti karaoke, sukaneka dan cabutan bertuah diadakan dalam merapatkan lagi kemesraan sesama ahli.

Menjelang petang semua peserta pulang ke destinasi masing-masing dan selamat sampai dengan kelancaran jentera motosikal Royal Enfield.

 

 

 

 

 

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini