Swarovski membuka Perkhidmatan Perniagaan Global peringkat Asia di Pulau Pinang dan mencari bakat jauhari
SWAROVSKI, pengeluar terkemuka kristal berpotongan jitu sejak tahun 1895 membuka perniagaan baharunya di Pulau Pinang, Malaysia.
Ia juga jenama terkenal dunia yang menambahkan kilauan kepada pelbagai barangan kemas, jam tangan, aksesori fesyen hinggalah kepada fesyen busana dan teknologi lampu terkini. Lokasi baharu ini menempatkan Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) di rantau Asia-Pasifik (APAC) dan akan dibina secara berperingkat sejajar dengan nilai-nilai syarikat.
Sebuah pejabat moden berukuran 5,145 kaki persegi telah dibuka secara rasmi akhir bulan Mac. Penubuhan Perkhidmatan Perniagaan Global Swarovski di Pulau Pinang telah diumumkan oleh syarikat itu pada Julai 2017.
“Perkhidmatan Perniagaan Global APAC di Pulau Pinang akan dibina secara secara berperingkat sejajar dengan nilai-nilai syarikat. Organisasi Perkhidmatan Perniagaan Global Swarovski yang baharu diwujudkan ini bermatlamat membangunkan dan menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada semua bahagian Swarovski.
Pihak berkuasa juga memberikan sokongan profesional dan amat terlibat dengan kami. Ini telah mewujudkan asas yang kukuh untuk komitmen jangka panjang”, ujar Mathias Margreiter, Ahli Lembaga Eksekutif Swarovski.
Pada masa ini, terdapat hampir 40 orang yang bekerja di Perkhidmatan Perniagaan Global Swarovski di Pulau Pinang. Ia akan dikembangkan secara berperingkat pada tahun-tahun akan datang.
Pelaburan Swarovski akan memastikan pelbagai peluang kerjaya baharu. “Aktiviti kami di Pulau Pinang akan termasuk peningkatan perkhidmatan dan pasukan global. Kami mencari jauhari berbakat dengan kemahiran bahasa yang hebat dan berminat bekerja untuk jenama mewah global.
Pada masa ini kami memberi tumpuan kepada profil perkhidmatan bersama Kewangan dan HR di semua peringkat”, kata Gagandeep Singh, Pengarah Urusan Swarovski Pulau Pinang.