Sebuah majlis menandatangani perjanjian bagi Menaiktaraf Cawangan Pengedar telah
diadakan baru-baru ini di Pusat Kecemerlangan PROTON.

SELEPAS perjanjian dua kumpulan pengedar pada Disember 2017 dan Januari 2018, sejumlah 10 pengedar lagi telah bersetuju untuk menaik taraf cawangan masing-masing kepada 3S dan 4S.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong dan Yohan Mokhtar, Pengarah Projek Khas PROTON hadir di majlis ini untuk menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak PROTON.

Positif dengan masa hadapan PROTON, Syarikat sedang menggalakkan pengedarnya menaiktaraf cawangan kepada 3S dan 4S bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan memastikan pelanggan mendapat pengalaman jualan dan perkhidmatan yang terbaik apabila mereka mengunjungi cawangan PROTON.

“Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kami melihat lebih banyak pengedar yang turut serta untuk bersetuju menaiktaraf cawangan mereka. Tentunya ini memberi makna yang positif, bahawa PROTON adalah jenama yang baik untuk pelaburan – jenama yang berpotensi.

Saya berasa gembira kerana ada banyak usahawan yang berkongsi pandangan yang sama. Saya memuji keberanian mereka yang berpandangan jauh. Mereka ini adalah ahli-ahli perniagaan yang memahami keperluan untuk melabur pada masa sekarang, agar beroleh keuntungan di masa hadapan.

Pelanggan hari ini sangat berbeza dari dahulu. Apa yang mereka mahu apabila melangkah masuk ke dalam bilik pameran adalah standard piawaian yang berbeza, sejajar dengan keperluan gaya hidup pada masa kini.

PROTON perlu peka dengan keperluan pasaran semasa agar kami kekal  kompetitif dan dapat memberi perkhidmatan kepada para pelanggan secara profesional dan berintegriti,” kata Dr Li.

Dr Li juga menambah bahawa peluang di PROTON adalah banyak, bagi mereka yang berminat untuk menjadi pengedar PROTON.

 

“Saya yakin kami berada di landasan kukuh untuk menaikkan PROTON ke tahap yang lebih tinggi. Sekarang merupakan masa yang terbaik untuk menjadi pengedar PROTON.

Sudah tentu, kami mempunyai skim sokongan insentif pengedar yang sangat baik, antara yang terbaik di dalam industri. Peluang terbentang sekarang, dan anda harus mengambil peluang ini untuk berkembang bersama kami.

Saya yakin, keputusan yang anda buat hari ini adalah batu loncatan untuk perkara yang
lebih baik pada masa akan datang. Dengan sokongan anda, PROTON akan maju dan bangkit, dan bersama-sama kami akan menjadikannya sebuah kisah kejayaan,” tambah Dr Li.

Bagi Mohd Khairul Idzwan, dari Rohamas Autoservices, “Saya menaiktaraf cawangan kepada 4S kerana ianya perlu dilakukan. Galakan untuk menaiktaraf ini adalah untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan.

Strategi jangka masa panjang ini akan memastikan bahawa kami dapat bersaing dengan jenama kereta lain di sekitar kawasan kami, dan di tempat lain.”

Mengenai tahap keyakinannya kepada PROTON, beliau menyatakan, “Kami tidak sabar mahu menunggu model-model baharu Proton. Secara jelasnya, kereta Proton boleh menandingi dari segi harga yang murah, kualiti yang lebih baik dan reka bentuk yang lebih menarik.

Kami juga percaya bahawa model SUV yang bakal diperkenalkan akan menarik hati ramai, oleh kerana kita sedang menjalankan ujian di jalan raya, jadi saya yakin kereta yang dikeluarkan ke pasaran akan memenuhi keperluan kebanyakan rakyat Malaysia”.

“Selain itu, kejayaan pada sesebuah kereta yang dijual bergantung kepada 10 (sepuluh) faktor. Pada saya, ianya mesti terdiri daripada ketahanan, keselesaan dalaman, gaya luaran, ketelitian kerja, kualiti, kemudahan pengedar (pusat sehenti), prestasi, teknologi terkini, reputasi syarikat serta keselamatan.

Dari apa yang saya perhatikan, SUV yang bakal diperkenalkan ada semua faktor ini, jadi tentunya ia akan menjadi pilihan ramai,” kata Mohd Khairul apabila ditanya sama ada SUV akan disambut baik di kalangan rakyat Malaysia.

Bagi Rozlan Abdul Manaf dari Wasilah Global Sdn Bhd, yang telah berada dalam perniagaan auto selama lebih sepuluh tahun, beliau percaya bahawa, “PROTON kini menuju ke destinasi yang betul dan ini memberikan kita keyakinan untuk meneruskan pelan untuk menaiktaraf.

Pastinya, kita akan dapat melihat model-model baharu dan menarik hasil daripada
perkongsian bersama Geely, dan ini sudah tentu akan menarik minat pasaran untuk kereta Proton”.

Beliau menambah, “Imej baharu ini juga akan meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap jenama di mana pelanggan secara umumnya suka jenama yang mampu melakukan perubahan dan bergerak seiring dengan keperluan semasa”.

“Selain daripada itu, sejak Geely menjadi rakan niaga, Syarikat itu juga telah membawa penilaian kualiti berdasarkan piawaian global yang sama seperti digunapakai di Volvo.

Sudah tentu kita dapat melihat peningkatan kualiti kereta Proton pada hari ini. Ini terbukti berdasarkan audit Geely baru-baru ini di mana kualiti telah meningkat sebanyak tiga kali ganda,” kata Rozlan.

Tambah beliau lagi, “Apa yang dimaksudkan ialah kereta-kereta terutamanya SUV Proton yang bakal dikeluarkan mempunyai kualiti bertaraf dunia yang dikuasai oleh teknologi canggih serta ciri-ciri moden, sesuai untuk SUV moden hari ini yang boleh menjadi kebanggaan rakyat Malaysia”.

Bagi Philip Jason How Eng Thye dari Regal Motors Holdings Sdn Bhd, “Kami benar-benar percaya pada masa depan dan pemulihan PROTON. Cadangan untuk menaiktaraf cawangan datang dengan sendiri di mana kami sebagai pengedar, bukan sahaja menjual kereta tetapi turut menyediakan pengalaman holistik kepada pelanggan yang merangkumi perkhidmatan
jualan dan selepas jualan”.

PROTON menawarkan salah sebuah skim insentif paling kompetitif di pasaran dalam misi untuk bergerak maju dengan model perniagaan baharu dalam memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik, Syarikat juga telah membangunkan salah satu skim insentif sokongan pengedar yang paling kompetitif, untuk menarik pengedar sedia ada bagi menaiktaraf cawangan mereka menjadi pusat sehenti, dan juga untuk menarik pelabur baharu untuk menjadi pengedar PROTON.

Mohd Khairul berpendapat bahawa, “Skim insentif pengedar yang mengagumkan ini memberi kami motivasi untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan dari segi jualan dan perkhidmatan, dan pada masa yang sama ia membolehkan kami meneruskan usaha pemasaran untuk mempromosikan kereta dengan cekap, kerana lebih banyak kereta yang kami jual, insentif akan turut menjadi lebih baik”.

Ryan Lai dari LHM One Stop Car Service Centre, berkata, “Skim sokongan insentif pengedar bukan sahaja menyokong kami dari segi subsidi kewangan, ia juga menyediakan garis panduan yang jelas mengenai apa yang perlu ada pada cawangan pengedar.

Cawangan baharu kami akan menjadi tiga kali ganda lebih besar dengan ruang menunggu yang selesa serta ruang untuk keluarga dan kanak-kanak bagi pengalaman pelanggan yang lebih sempurna. Ini pasti akan menjadikan cawangan kami lebih baik dan meningkatkan jualan kereta-kereta Proton”.

Dapatkan sebuah kereta Proton pada bulan Mac ini dan nikmati pemanduan yang selesa
Di PROTON, setiap kereta yang kami keluarkan akan memberikan keseronokan dalam pemanduan. Kunjungi cawangan yang diiktiraf PROTON untuk mengetahui lebih lanjut promosi terbaharu kami.

Dapatkan diskaun sehingga RM13,888*. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian perkhidmatan PROTON di 1800 888 398 atau emel kepada kami
di [email protected]. Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau halaman rasmi Facebook kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.

Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.
*Nilai diskaun adalah berbeza mengikut model. Promosi sah sehingga 31 Mac 2018.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini