Walaupun musim perayaan Tahun Baru Cina telah berlalu, kemeriahan di bilik-bilik pameran Toyota seluruh negara masih diteruskan.
Sepanjang bulan Mac, promosi istimewa akan ditawarkan dimana pelanggan boleh mendapat penjimatan sehingga RM15,000 (tertakluk kepada model terpilih) melalui pembelian kenderaan baru Toyota, tetapi turut menerima nilai tambah melalui aksesori yang disediakan tanpa sebarang kos.
Alami perkhidmatan terbaik dari Toyota di semua bilik pamerannya di seluruh negara, bukan sahaja pada hujung minggu tetapi sepanjang tahun.
Terutamanya untuk 17 & 18 dan 24 & 25 Mac, datang dan sertai Toyota Weekender di bilik pameran bersama rakan-rakan dan ahli keluarga untuk mendapatkan tawaran terbaru.
“Get Fun, Get Bolder” dengan Toyota Avanza 1.5X yang baru dan gaya lasak. Pelanggan boleh memilih rebat tunai RM1,000 atau menaik taraf tayar dan rim bernilai RM3,062 secara percuma.
Antara model yang terlibat di dalam promosi serta tawaran istimewa ini adalah seperti berikut, dan ia sah sehingga 31 Mac 2018:
Model | Promo cash rebate |
Vios | Rebat tunai sehingga RM3,500 + aksesori percuma (bernilai sehingga RM4,100) + Pakej Penyelenggaran Pra-bayar (bernilai RM2,125) |
Camry | Rebat tunai RM3,000 + Body Coasting (bernilai RM2,700) atau aksesori percuma (bernilai RM2,500) |
Avanza X | Rebat tunai RM1,000 atau aksesori tambahan (bernilai RM3,062) |
Hilux | Rebat tunai RM1,000 + aksesori percuma (bernilai RM3,485) |
Fortuner | Rebat tunai RM1,000 + aksesori percuma (bernilai RM2,500) |
Innova | Rebat tunai RM2,000 + servis percuma (bernilai RM1,000) |
(Semua tawaran adalah bagi varian-varian terpilih serta tertakluk kepada terma dan syarat sementara stok masih ada).
Bagi pelanggan yang memerlukan bantuan pembiayaan juga boleh mempertimbangkan perkhidmatan Toyota Capital seperti Toyota “2-Tier Plan” yang menawarkan bayaran ansuran bulanan lebih rendah bagi graduan, serta pelan pembiayaan “Toyota Drive”, yang pertama seumpananya disediakan yang membolehkan pelanggan jimat lebih banyak.
Untuk kesenangan pemilik, semua model Toyota didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan (kecuali Toyota Hilux, dengan maksimum perbatuan 150,000km). Untuk meningkatkan nilai Toyota anda, waranti boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan tawaran menarik ini, sila berkunjung ke mana-mana bilik pameran Toyota serta jangan lepaskan peluang untuk memandu uji model-model yang disediakan. Layari toyota.com.my untuk maklumat lanjut.