Ingress Auto Puchong, selaku wakil pengedar BMW Malaysia pada Ahad lalu mengadakan program khas untuk pelanggan potensi mereka merasai pengalaman memandu uji barisan model BMW yang disediakan.

PALING menarik destinasi pilihan mereka ialah Bukit Tinggi, Bentong Pahang yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari Puchong. Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelanggan mereka mengenai selok belok mengendalikan kereta BMW menerusi tunjuk ajar oleh jurulatih yang berpengalaman.

Sebanyak enam model BMW menyertai sesi pandu uji berkenaan, terdiri daripada 330e M Sport, 530i M Sport, 530 eSport, X1, X5 xDrive40e M Sport, 318i Luxury, dan sedan hibrid plug-in elektrik (PHEV) terbaru, 530e Sport.

Setiap pelanggan diberikan seunit BMW untuk dipandu sendiri. Ada yang datang sendirian, bersama rakan dan ada pula membawa ahli keluarga.

PANDU UJI KE BUKIT TINGGI

Selepas mendaftarkan diri dan bersarapan, pelanggan diberikan taklimat ringkas tentang pemanduan selamat dan etika berkonvoi oleh pegawai teknikal BMW. Kami mula bergerak sekitar jam 9 pagi dalam keadaan trafik sederhana sesak. Siri pertama pandu uji adalah dalam bandar sebelum bertukar pemandu di stesen petrol BHP, tidak jauh dari tol Gombak.

Melepasi tol Gombak, trafik mula lancar dan masing-masing dibenarkan memandu laju untuk menguji kuasa pecutan dan tahap kesenyapan dalam kabin ketika memecut dalam kelajuan tinggi. Sebaik saja memasuki laluan menuju Bukit Tinggi, pemandu berpeluang pula menguji tahap pengendalian jentera BMW idaman mereka ketika mengambil selekoh, termasuk merasai daya tork apabila cuba mendaki jalan berbukit.

Peserta konvoi tiba sekitar jam 10:30 pagi di kawasan parkir Bukit Tinggi yang berlatarkan bangunan perkampungan zaman pertengahan di Eropah. Melihat pemandangan cukup cantik itu memang membuatkan pelanggan tidak mahu melepaskan peluang bergambar di sisi BMW yang dipandu masing-masing.

Selepas sesi bergambar solo dan berkumpulan, pelanggan diajak minum kopi di sebuah restoran Perancis di dalam kota peranginan di situ. Selepas sejam bersembang, kami pula mula bergerak pulang ke ibu kota dan tiba di Ingress Auto Puchong kira-kira jam 2 petang untuk makan tengah hari. Lebih menarik, pelanggan yang membuat pembelian pada sesi pandu uji tersebut turut diberikan tawaran istimewa yang pasti membuatkan mereka sukar melepaskan peluang keemasan itu.

RASAI PENGALAMAN SEBENAR

Pendapat kami pula secara peribadi, apa dilakukan Ingress Auto Puchong itu adalah pendekatan bukan konvensional yang pastinya bertepatan dengan reputasi BMW sebagai jenama automotif yang bukan saja mementingkan kemewahan, tetapi juga prestij pemanduan. Pelanggan moden masa kini bukan saja mahukan layanan eksklusif malah mereka sebenarnya memiliki pengetahuan meluas mengenai sesebuah kereta sebaik saja melangkah kaki memasuki bilik pameran.

Malah, laluan sepanjang konvoi cukup untuk memberikan input dan pengalaman kepada pelanggan bagi menilai kemampuan kereta idaman mereka itu dari segi prestasi pemanduan dalam bandar, lebuh raya dan laluan berbukit, termasuk tahap penggunaan bahan api selain memandu dalam pelbagai mod pemanduan.

Malah, bagi model PHEV seperti 530 eSport, pelanggan disuruh memandu menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya sepanjang perjalanan. Inilah kelebihan yang anda dapat apabila singgah ke bilik pameran Ingress Auto Puchong atau Damansara.!

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini