Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) menamatkan sambutan Ulang Tahun ke-60 Tan Chong Group dan memulakan sambutan awal tahun dengan ganjaran melimpah serta tawaran bertuah NISSAN yang hebat.

KEMPEN ini menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi sebuah NISSAN Teana 2.5L XV baru setiap bulan dari Januari hingga Mac 2018, Mata Ganjaran AirAsia Big atau peralatan elektrik premium Hitachi sehingga RM600,000 dengan setiap pembelian kenderaan baru NISSAN.

Bukan itu sahaja, kempen tersebut menawarkan Set Golden Fortune Bonus yang menarik ke atas model-model terpilih NISSAN dengan pilihan yang merangkumi penjimatan sehingga RM12,000 atau promosi RM1.00 untuk pakej aksesori premium* dan rebat sehingga RM10,500*.

Ganjaran menarik dan tawaran bertuah Nissan sempena Tahun Baru Cina

  • Golden Fortune Bonus, penjimatan sehingga RM 12,000
  • Peluang memenangi NISSAN TEANA 2.5L XV setiap bulan
  • Tan Chong Perkenalkan Perlindungan Insurans RTI-GAP Baharu TC GAP Protector

ETCM juga akan memulakan Karnival Pandu Uji Tahun Baru Cina NISSAN 2018 di beberapa bilik pameran ETCM terpilih di seluruh negara. Orang ramai dijemput mengunjungi bilik pameran dan siri jelajah NISSAN untuk mendapatkan pelbagai tawaran hebat, menyertai aktiviti yang menyeronokkan seperti Tarian Singa, Kaligrafi dan permainan dengan hadiah menarik.

Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji dan Siri Jelajah NISSAN adalah seperti berikut:

Jadual Karnival Pandu Uji

Tarikh Wilayah Lokasi
13 – 14 Januari Tengah ETCM Petaling Jaya
Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
Utara ETCM Ipoh
Selatan ETCM Johor Jaya
Sarawak ETCM Kuching
Sabah City Mall, Kota Kinabalu
19 – 20 Januari Pantai Timur AEON Kota Bharu
Sarawak ETCM Bintulu
20 – 21 Januari Tengah ETCM Puchong
Utara ETCM Bayan Lepas
Selatan ETCM Semabok
Sabah ETCM Tawau

Jadual Siri Jelajah

Tarikh Wilayah Lokasi
9 – 14 Januari Utara AEON Bukit Mertajam, Penang
11 – 14 Januari Tengah Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
12 – 14 Januari Selatan Paradigm Mall, Johor Bharu
12 – 14 Januari Sabah City Mall, Kota Kinabalu
16 – 21 Januari Pantai Timur AEON Kota Bharu

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan NISSAN ETCM di talian 1800-88-3838.

* Tertakluk kepada terma dan syarat

TC GAP PROTECTOR

TC GAP PROTECTOR

Tan Chong Insurance Business Stream (TCIBS) dan RHB Insurance secara rasmi telah melancarkan perlindungan insurans Return To Invoice-Guaranteed Asset Protection (RTI-GAP) baharu – TC GAP Protector – dengan premium yang lebih mampu milik, eksklusif kepada para pemilik kenderaan NISSAN.

TC GAP Protector menyediakan perlindungan kehilangan pendapatan atau kewangan dengan faedah maksimum sehingga RM140,000 jika kenderaan pelanggan lupus sepenuhnya akibat kemalangan, terbakar atau dicuri, selain pembayaran daripada insurans motor. Insurans ini melibatkan seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Terdapat tiga pelan insurans – Pelan A, B dan C dengan perlindungan maksimum sehingga lima tahun. Insurans ini boleh diperoleh menerusi pembayaran premium sekali gus yang berdasarkan kepada harga pembelian dan jumlah tahun insurans itu akan berkuat kuasa. Tempoh insurans berkuat kuasa secara serta-merta bermula tarikh polisi. Ia hanya sah untuk kenderaan baharu dan sedia ada dengan pendaftaran peribadi serta tidak berusia lebih 12 bulan selepas pendaftaran pertamanya.

Premium yang perlu dibayar untuk model-model terpilih NISSAN adalah seperti berikut:-

      Premium yang perlu dibayar, termasuk 6% GST
No Model Nissan Jumlah Diinsurankan Plan A (3 Tahun) Plan B (4 Tahun) Plan C (5 Tahun)
1 Almera Bermula RM69,000 Bermula RM241.14 Bermula RM399.34 Bermula RM572.61
2 Grand Livina Bermula RM88,000 Bermula RM307.54 Bermula RM509.31 Bermula RM730.29
3 Serena S-Hybrid Bermula RM133,000 Bermula RM464.81 Bermula RM769.75 Bermula RM1,103.73
4 Teana Bermula RM137,000 Bermula RM478.79 Bermula RM792.90 Bermula RM1,136.93
5 X-Trail Bermula RM137,000 Bermula RM478.79 Bermula RM792.90 Bermula RM1,136.93
6 Navara Bermula RM90,000 Bermula RM314.53 Bermula RM520.88 Bermula RM746.89

 

Untuk harga dan maklumat lanjut mengenai TC GAP Protector, sila berkunjung ke bilik pameran ETCM, bengkel TCEAS berhampiran anda, hubungi talian tol percuma TC Contact Centre Service Sdn. Bhd di nombor 1800-88-8185 atau www.tcibs.com.my.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini