LBS dekati pembeli kediaman, teroka potensi di Taman Melati dan perbandaran sekitarnya
PEMAJU perbandaran yang menerima pelbagai anugerah, LBS Bina Group Berhad (LBS) mendekati pembeli kediaman dengan melancarkan galeri hartanah LBS di M3 Mall yang terletak di Gombak, Selangor baru-baru ini. Pelancaran ini menandakan dua pencapaian utama kumpulan tersebut.
Ini adalah pelancaran galeri hartanah LBS yang pertama di ruang niaga dan pembabitan sulung LBS dalam pengurusan ruang niaga. “Kami memilih M3 Mall sebagai lokasi galeri hartanah kerana ia melambangkan satu elemen yang penting iaitu kemudahan kepada pembeli kediaman. Pemilihan lokasi galeri hartanah ini mengambilkira populasi dari perbandaran sekitar M3 Mall.
Galeri ini dibuka untuk memberi akses kepada pembeli kediaman untuk mengetahui dan memiliki pembangunan daripada LBS yang bersesuaian dengan permintaan pada masa kini,” ujar Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Lim Hock San.
Dengan keluasan 1,000 kaki persegi, galeri hartanah ini akan mempamerkan campuran
pembangunan kediaman tinggi dalam lingkungan mampu dimiliki sehingga sederhana seperti
Zenopy Residence, BSP21, LBS SkyLake Residence, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
(PPA1M) Bukit Jalil dan pembangunan kediaman bertanah seperti Irama Perdana dan Simfoni
Perdana di perbandaran terbaru, LBS Alam Perdana, dan Desiran Bayu.
Pembabitan LBS dalam pengurusan ruang niaga bermula dengan pengambilalihan
pembangunan bercampur, M3 Mall. Mempunyai keluasan lantai 590,000 kaki persegi dan
200,000 kaki persegi ruang untuk disewakan, 83% daripada ruang niaga M3 Mall telah disewakan dan The Store sebagai penyewa utama dan rangkaian perkakasan Mr. DIY. Rangkaian makanan dan minuman seperti Texas Chicken, Boat Noodles, dan AP Ayam Penyet juga terdapat di dalam M3 Mall.
Dengan lebih daripada 100 kedai tersedia di pusat beli belah tersebut, M3 Mall menarik ramai
pengunjung yang datang bersama keluarga. Terletak di Taman Melati, lokasi M3 Mall berada di
tengah-tengah perbandaran yang berkembang pesat dengan populasi penduduk melebihi
1.04juta dengan 30% penduduk berumur 14 tahun dan ke bawah, 23% berumur 15 sehingga 24 tahun dan 25% berumur 25 sehingga 39 tahun.
Beliau berkata, “Kami kekal berdedikasi dalam menyediakan kediaman berkualiti dan mampu
dimiliki selama bertahun-tahun. Pelancaran galeri hartanah LBS di M3 Mall dengan penawaran
kediaman mampu dimilki dan sederhana adalah bukti komitmen kami dalam menyokong agenda perumahan negara dalam membantu rakyat memiliki kediaman. Kami juga menjangkakan perkembangan kumpulan dengan penerokaan industri lain termasuk pengurusan ruang niaga, hospitaliti dan pelancongan.”
Antara tarikan utama M3 mall adalah sambungan ke rangkaian kepada perbandaran yang
menpunyai kepadatan penduduk yang tinggi dengan akses melalui LRT Taman Melati. Jarak dari stesen LRT Taman Melati dan M3 Mall hanya 300 meter. Mercu tanda yang berdekatan dengan M3 Mall ialah Universiti Kolej Tunku Abdul Rahman dengan lokasi kurang daripada 2km. Antara kemudahan kejiranan berdekatan adalah Balai Polis Gombak, Pejabat Pertanian Daerah Gombak, Perpustakaan Kuala Lumpur (Cawangan Gombak Setia), Zoo Negara, Pusat
Pemuliharaan Panda Gergasi dan beberapa sekolah menengah.