Dah viral! Ini lah rupa Perodua Myvi 2018 serba baru. Walaupun majlis pelancaran rasminya di Putrajaya berlangsung esok namun kerana sambutan yang hebat maka ‘spy-spy’ permotoran tidak boleh menahan lagi untuk dikongsikan kepada rakyat Malaysia.
Menerusi gambar-gambar yang menjadi viral di internet dapat melihat lebih jelas rekabentuk luaran dan dalaman Myvi serba baru ini yang cukup mengancam.
Myvi 2018
Ada lima varian daripada harga RM44,000 hingga RM55,000 boleh dipilih dan katanya jika booking sekarang anda akan menerima kereta dalam tempoh dua bulan.
Paling best jika beli varian 1.3G Manual bayor bulan-bulan baru RM495 sahaja untuk tempoh 9 tahun. Wow!
Difahamkan tempahan untuk model terbaru Myvi ni sudah mencecah lebih 3,000 unit dengan pengeluaran kilang sedang disiapkan membabitkan sasaran kira-kira 5,000 unit.
Ok Tunggu sahaja laporan kami di Prebiu.com untuk majlis Pelancaran Perodua Myvi 2018 esok 16 November 2018 jam 3 petang!