PERODUA telah memenangi anugerah pingat emas buat pertama kalinya dalam kategori automotif di Putra Brands 2017 yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, anugerah ini merupakan satu pengiktirafan terhadap jenama tempatan, sebagai jenama pilihan mereka dan kami amat berterima kasih kepada semua.

Perodua menang anugerah pingat emas

“Sebelum ini kami pernah menerima anugerah gangsa dan perak selama beberapa tahun, dan penerimaan anugerah emas tahun ini meletakkan kami setanding dengan jenama antarabangsa lain,” katanya dalam kenyataan.

Anugerah Putra Brand ini merupakan anugerah yang ketujuh yang dimenangi Perodua sejak  2010.

Anugerah Putra Brand adalah satu inisiatif oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4A’s) untuk memberi pengiktirafan kepada jenama tempatan dan antarabangsa yang telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Anugerah-anugerah pada Putra Brand ini dikenal pasti mengikut pilihan pengguna dan acara ini mendapat pengesahan daripada MATRADE. Ia adalah satu-satunya anugerah dari pilihan orang ramai.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini