Honda Malaysia tawar koleksi baru barangan rasmi dengan gaya menarik
BAGI peminat barangan rasmi Honda, ini peluang baik kepada anda untuk mendapatkan pelbagai jenis barangan yang ditawarkan di 88 wakil pengedar sah Honda di seluruh negara bermula 28 Oktober 2017.
Bertemakan “Semangat Cabaran” (Challenging Spirit), barisan koleksi baru yang diinspirasikan oleh personaliti Honda yang membawa nilai dan pengaruh kuat Honda iaitu ketabahan, bekerja keras dan tidak pernah menyerah iaitu nilai sama yang telah membawa Honda sehingga ke tahap sekarang.

Honda Malaysia teruja untuk berkongsi inspirasi dan nilai yang sama dengan semua pelanggannya melalui koleksi barangan rasmi baru ini.
Koleksi barangan baru ini membawa motif The Great Wave yang berasal dari ilustrasi Jepun. Rekaan ini turut membawa DNA ‘Challenging Spirit’ Honda iaitu nilai teras syarikat dalam menghadapi sebarang cabaran.
Koleksi baru ini dibuat dengan gaya kontemporari menjadikannya bergaya dan terkini dengan motif estetik Jepun yang kini menjadi trend semasa. Rekaan koleksi ini turut disesuaikan dengan gaya hidup semasa rakyat Malaysia membolehkannya sesuai untuk digunakan pada waktu kerja dan masa lapang.

Barangan rasmi Honda terdiri daripada tiga koleksi utama dengan tema semangat mencabar dan boleh dimiliki pada harga dari RM25 hingga RM129 *.
Berikut ialah barangan rasmi mengikut koleksi yang ditawarkan:
Koleksi korporat
Shirt polo, topi dan baju perlumbaan
Koleksi Gaya Hidup
T-shirt Challenging Spirit, jaket bomber, baju sejuk, beg duffel, beg belakang, beg tote, set beg kunci, pemegang pasport kulit, beg kasut, botol air, beg poket mini dan payung
Koleksi Pakaian Aktif
Pakaian sukan dan beg pinggang ringan
Untuk maklumat lanjut mengenai barisan produk baru Honda Malaysia, pelanggan boleh berkunjung ke mana-mana wakil peniaga sah Honda di seluruh negara atau menghubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020 atau melayari www.honda.com.my.
*Harga dan barangan boleh berubah tanpa sebarang notis terlebih dahulu.