HONOR, syarikat peneraju global dalam ekosistem peranti AI, hari ini secara rasmi melancarkan telefon pintar mercu HONOR Magic9 Pro Max di Malaysia pada harga RM5,999. Digelar ‘Raja Pengimejan Sinematik’, HONOR Magic9 Pro Max memperkenalkan peningkatan terbesar dalam sejarah Siri Magic sempena ulang tahun ke-10 siri ini.

Menerusi kerjasama ARRI, syarikat teknologi sinema terkemuka, membuka era baharu fotografi dan pembikinan filem menggunakan telefon pintar.

HONOR turut melancarkan HONOR Pad X9b Max pada harga RM1,499. Tablet ini dilengkapi paparan 13 inci, 2.5K yang terbesar dalam segmennya, bateri berkapasiti 10,100mAh dan pensijilan IMAX Enhanced untuk pengalaman tontonan imersif.

HONOR turut memperluas ekosistem pintarnya dengan memperkenalkan barisan produk AIoT baharu yang merangkumi peranti keselamatan rumah, penyelesaian pengecasan, peranti audio dan produk penjagaan diri.

Pra-tempah HONOR Magic9 Pro Max Sekarang untuk Nikmati Pakej Tawaran Bernilai RM4,009

Pra-tempahan HONOR Magic9 Pro Max kini dibuka sehingga 3 Disember 2026. Setiap pembelian pra-tempahan layak menerima pakej hadiah bernilai RM4,009 yang merangkumi rebat segera RM300 dan kupon Professional Imaging Kit bernilai RM300.

Pembeli turut menerima HONOR Magic9 Pro Max Magnetic Swap Case dan pembesar suara Harman Kardon Aura Studio 5 PERCUMA. Pembesar suara tersebut hanya tersedia sepanjang tempoh pra-tempahan.

Pakej ini turut merangkumi Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun, Perlindungan Skrin 1 Tahun, Perlindungan Penutup Belakang 1 Tahun, Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Perkhidmatan Penggantian Bateri 2 Tahun. Pembeli juga boleh menikmati akses percuma 3 Bulan Google AI Pro.

Pra-tempahan boleh dibuat di kedai HONOR Experience Store seluruh negara, kedai dalam talian HONOR Malaysia dan kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Pelanggan juga boleh membuat pra-tempahan melalui rakan niaga terpilih Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.

Pengimejan Sinematik ARRI Dwi 200MP Mentakrifkan Semula Fotografi Telefon Pintar

HONOR Magic9 Pro Max meningkatkan keupayaan fotografi telefon pintar menerusi Sistem Pengimejan Sinematik ARRI Dwi 200MP, dengan penstabilan CIPA 8.0 yang menerajui industri pada kedua-dua kamera utama dan kamera telefoto. Teknologi ini mengurangkan gegaran kamera supaya foto malam kelihatan lebih tajam dan imej kekal jelas serta stabil walaupun pada tahap zum yang tinggi.

Kamera utama dilengkapi penstabilan gerakan 3 darjah yang memberikan kestabilan setaraf gimbal profesional, sekali gus memastikan rakaman video kekal lancar ketika merakam subjek yang bergerak pantas. Kamera telefoto pula menggabungkan sensor besar bersaiz 1/1.4 inci dengan penstabilan TrueShift, yang mengesan pergerakan 1,000 kali sesaat supaya subjek yang jauh kekal jelas walaupun dalam keadaan kurang cahaya.

Konfigurasi dwi 200MP dan dwicip meningkatkan lagi prestasi pengimejan keseluruhan. Konfigurasi ini menggunakan Imaging Chip H1 yang dibangunkan sendiri oleh HONOR serta pemproses mercu Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6.

Manakala kamera swafoto turut dipertingkat kepada 55MP, dengan sensor kamera hadapan berformat segi empat sama yang pertama pada peranti Android. Sudut pandangan yang lebih luas membolehkan pengguna memuatkan lebih ramai orang dan lebih banyak latar pemandangan dalam satu bingkai swafoto berkumpulan.

ARRI CINEMA Membawa Pembikinan Filem Profesional ke Telefon Pintar

HONOR Magic9 Pro Max memperkenalkan ARRI CINEMA, yang membawa sains warna dan teknologi pembikinan filem profesional ARRI kepada pengguna telefon pintar. ARRI LogC3 membolehkan sistem merakam cahaya dengan cara yang menghampiri ciri filem tradisional, menghasilkan warna semula jadi, perincian yang lebih halus pada bahagian terang dan tekstur sinematik yang lembut.

Ia juga memberikan lebih banyak fleksibiliti semasa penggredan warna. Pengguna boleh meneroka pustaka ARRI Look yang menawarkan sembilan tema dan 87 Looks tersendiri untuk menghasilkan pelbagai suasana sinematik tanpa penyuntingan yang rumit.

Cip khusus HONOR Imaging Chip H1 memproses data imej RAW terus daripada sensor kamera bagi mengekalkan perincian halus. Teknologi pengurangan hingar berasaskan AI membantu menghasilkan rakaman video yang lebih jelas walaupun dalam keadaan pencahayaan yang mencabar.

Telefon pintar mercu ini turut memperkenalkan ARRI 4K LiveVideo yang pertama dalam industri. Ciri ini merakam detik tiga saat dalam gaya sinematik, dengan sokongan untuk kesemua 87 ARRI Looks dan nisbah aspek 2.39:1. Pengguna boleh memberikan sentuhan sinematik pada rakaman detik harian agar kelihatan seperti babak filem.

Audio dan Aksesori Profesional untuk Pembikinan Filem pada Telefon Pintar

HONOR Magic9 Pro Max memperkenalkan mikrofon berarah gred sinematik pertama dalam industri yang dibangunkan sendiri oleh HONOR. Mikrofon ini memfokuskan rakaman pada sumber bunyi yang disasarkan sambil mengurangkan hingar latar.

Mikrofon ini menawarkan empat mod rakaman, iaitu Long Range, Close Up, Voice Isolation dan Voice Boost. Ia menyokong jarak rakaman sehingga tiga kali ganda berbanding mikrofon omni direksional konvensional, dengan ketepatan 158% lebih tinggi. HONOR AI Spatial Subwoofer dengan dua pembesar suara 1216 memberikan pengalaman pendengaran imersif. Peranti ini turut memperoleh dua pensijilan SGS bagi rakaman dan main balik audio.

HONOR turut memperkenalkan Teleconverter G200, telepenukar 200mm untuk telefon pintar yang paling kecil dan ringan dalam industri. Beratnya hanya 88g dan saiznya seakan sebatang gincu.

Teleconverter G500 pula menawarkan jarak fokus optik 500mm yang menerajui industri, membolehkan pengguna merakam subjek jauh dengan lebih dekat dan jelas, termasuk dari tempat duduk yang jauh ketika menonton konsert atau persembahan langsung.

HONOR SmallRig Mobile Video Kit dan rangka pengembangan meningkatkan kestabilan ketika merakam dengan peranti di tangan, di samping memberikan pengguna lebih banyak fleksibiliti untuk menghasilkan video bergaya profesional.

Prestasi Mercu Dikuasakan oleh Snapdragon 8 Elite Gen 6 Mobile Platform

HONOR Magic9 Pro Max ialah telefon pintar pertama di Malaysia yang dikuasakan oleh Snapdragon 8 Elite Gen 6 Mobile Platform terkini. Platform ini dibina menggunakan teknologi 2 nanometer termaju untuk memberikan prestasi tinggi dan penggunaan tenaga yang cekap.

CPU Qualcomm Oryon, GPU Adreno generasi baharu dan NPU Hexagon yang dipertingkat menjadikan permainan lebih lancar, pelaksanaan pelbagai tugas lebih pantas dan ciri AI lebih responsif. Pemproses ini turut menyokong Advanced Professional Video (APV) untuk rakaman video berkualiti tinggi dengan lebih banyak fleksibiliti semasa penyuntingan. Qualcomm Spectra Image Signal Processor (ISP) dan Intelligent Pixel Control pula mempertingkatkan pemprosesan imej untuk pencahayaan, warna dan perincian yang lebih baik.

Bateri Berkapasiti 8,000mAh untuk Penghasilan Kandungan Sepanjang Hari

Bateri silikon-karbon HONOR yang berkapasiti 8,000mAh membolehkan pengguna merakam video, mengambil foto, menyunting kandungan dan bermain permainan mudah alih untuk tempoh yang panjang. Bateri ini menyokong main balik video TikTok sehingga 23.28 jam. Pengecasan berwayar HONOR SuperCharge 100W dan pengecasan tanpa wayar HONOR SuperCharge 80W membolehkan pengguna mengecas peranti dengan pantas dan segera meneruskan aktiviti mereka.

Ketahanan Dipertingkat dengan HONOR Magic Diamond Screen serta Penarafan IP68, IP69 dan IP69K

HONOR Magic9 Pro Max dilengkapi HONOR Magic Diamond Screen yang dipertingkatkan dengan 5,600 lapisan perlindungan. Skrin ini menawarkan ketahanan terhadap calar sehingga 15 kali ganda dan ketahanan terhadap impak akibat jatuh sehingga 25 kali ganda. Penarafan IP68, IP69 dan IP69K untuk ketahanan terhadap habuk dan air memberikan perlindungan tambahan ketika berdepan insiden harian dan keadaan persekitaran yang mencabar.

Kecerahan puncak 10,000nit yang menerajui industri serta kadar pantulan cahaya serendah 1.5% membantu paparan kekal jelas dan mengurangkan silau walaupun di bawah cahaya matahari terang.

Paparan ini turut menggunakan pemalapan PWM berfrekuensi ultra tinggi 4,320Hz dan Circularly Polarised Display 2.0 untuk tontonan yang lebih selesa, terutamanya ketika menatal dalam tempoh yang lama. HONOR Magic9 Pro Max ialah telefon pintar pertama yang memperoleh pensijilan TÜV Rheinland Full Care Display 6.0.

Isyarat Lebih Kuat di Kawasan dengan Liputan Rangkaian Lemah

HONOR Magic9 Pro Max memperkenalkan HONOR C3 RF Enhanced Chip yang dibangunkan sendiri oleh HONOR, bersama dua cip penggalak isyarat 5G dan empat cip penggalak isyarat Wi-Fi. Gabungan ini memberikan isyarat sehingga 28% lebih kuat di kawasan dengan liputan rangkaian lemah, membantu pengguna kekal berhubung di dalam lif atau di tempat letak kereta bawah tanah.

HONOR Memperkukuh Keselamatan Berasaskan AI untuk Membantu Pengguna Mengesan Penipuan

Dikuasakan oleh sistem pengendalian MagicOS 11 terkini, HONOR Magic9 Pro Max memperkenalkan ciri keselamatan berasaskan AI yang ditambah baik, termasuk AI Deepfake Detection dan AI Voice Cloning Detection, yang mampu mengesan wajah yang dimanipulasi secara digital semasa panggilan video dan suara yang diklon semasa panggilan telefon dalam masa beberapa saat.

Bagi memperkukuh perlindungan pengguna, Payment Trust Space menjalankan imbasan secara automatik untuk mengesan potensi risiko keselamatan pembayaran setiap kali aplikasi pembayaran dibuka. Ciri ini menyokong pelbagai aplikasi pembayaran popular, termasuk Touch ’n Go, Maybank, UOB TMRW, ShopeePay, Google Wallet, PayPal dan Wise.

Butang AI Baharu

HONOR Magic9 Pro Max dilengkapi butang AI khusus untuk akses segera kepada ciri baharu seperti AI Screen Suggestions, AI Photos Agent dan AI Memory. Pengguna hanya perlu menekan butang AI sebanyak dua kali untuk menyimpan sorotan video.

Sambungan Antara Peranti dengan HONOR Connect

HONOR Connect membolehkan pengguna berkongsi fail dengan iPhone melalui kaedah yang serupa dengan AirDrop. HONOR Magic9 Pro Max juga menyokong sambungan dengan Apple Watch untuk pemberitahuan, panggilan dan data kesihatan, serta sambungan terus dengan AirPods. Pencipta kandungan yang menggunakan peranti Insta360 yang serasi boleh memindahkan fail media dengan lebih pantas menerusi One-Tap Transfer.

HONOR Magic9 Pro Max Menyerlah di FFM35: Merakam Momen Wefie Ikonik dan Mengiktiraf Kecemerlangan Industri Perfileman

Sementara itu, HONOR turut meraikan bakat dan pencapaian industri perfileman Malaysia menerusi Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) yang menghimpunkan lagenda industri, barisan pelakon terkenal serta penggiat seni kreatif. Menambahkan lagi kemeriahan acara tersebut, selebriti Datuk Afdlin Shauki dan Amelia Henderson merakamkan wefie ikonik bersama para hadirin menggunakan HONOR Magic9 Pro Max. Momen istimewa ini dirakam secara langsung ketika siaran anugerah berlangsung.

Sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang dalam industri perfileman tempatan, pemenang kategori Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Sinematografi Terbaik masing-masing telah menerima sebuah HONOR Magic9 Pro Max, sebagai tanda penghargaan terhadap mereka.

Harga dan Ketersediaan

HONOR Magic9 Pro Max ditawarkan dalam tiga pilihan warna premium, iaitu Moss Green, Glacier Silver dan Shadow Black. Telefon pintar ini hadir dengan RAM 24GB (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) dan storan 512GB pada harga RM5,999. Peranti ini boleh dibeli di kedai-kedai di seluruh negara mulai 4 Disember 2026.

Harga dan Ketersediaan HONOR Pad X9b Max

HONOR Pad X9b Max dijual pada harga RM1,499. Ia didatangi dalam varian Wi-Fi dengan RAM 24GB (termasuk 8GB + 12GB HONOR Turbo RAM) dan storan 256GB. Setiap pembelian HONOR Pad X9b Max disertakan dengan pakej hadiah PERCUMA bernilai RM598 yang merangkumi Smart Bluetooth Keyboard dan USB-C Pencil!

HONOR Pad X9b Max kini boleh dibeli di HONOR Experience Store di seluruh negara, kedai dalam talian HONOR Malaysia serta kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Tablet ini juga boleh didapati melalui rakan niaga sah Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.

Harga dan Ketersediaan Produk AIoT HONOR

HONOR CHOICE Security Camera dijual pada harga RM129 dan kini boleh dibeli di HONOR Experience Store di seluruh negara, kedai dalam talian HONOR Malaysia serta kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Enam lagi produk AIoT berikut akan dijual tidak lama lagi:

  • HONOR SuperCharge Power Adapter (Max 80W)
  • HONOR CHOICE CX 45W GaN Charger
  • HONOR CHOICE ES 22.5W Built-in Cable Power Bank
  • HONOR CHOICE Smart Audio Glasses
  • HONOR CHOICE Sound 2
  • HONOR CHOICE WOF High-Speed Dryer Pro

Maklumat lanjut dan harga produk ini akan diumumkan tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari www.honor.com/my/.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini