Dunia dongeng The Living Storybook kini menjadi kenyataan di 118 Mall, menjanjikan pengalaman penuh keajaiban buat para pengunjung!
Baru sahaja membuka pintunya pada 1 November 2026, destinasi beli-belah terbaharu di Kuala Lumpur ini mengajak pengunjung menyelami kemeriahan musim perayaan dalam suasana yang diinspirasikan daripada kisah dongeng, dengan tarikan istimewa hasil kerjasama bersama The LEGO Group: LEGO Santa’s Toy Factory.
Mulai hari ini sehingga 27 Disember 2026, The Atmosphere di Aras 4, 118 Mall tampil dengan suasana perayaan yang memukau, menghimpunkan dua dunia penuh keajaiban dalam ruang
seluas 15,000 kaki persegi.
Pengunjung berpeluang menyelami dunia kisah dongeng yang dihiasi pelbagai dekorasi perayaan yang unik dan menarik, di samping meneroka kreativiti dan imaginasi tanpa batas menerusi aktiviti permainan LEGO yang menyeronokkan.
Tarikan istimewa ini menjanjikan pengalaman bermakna buat seisi keluarga, tanpa mengira usia. Berlatarkan kubah kaca spektakular berdiameter 88 meter, tarikan perayaan ini menampilkan pesona yang berbeza sepanjang hari.
Pada waktu siang, ruang ini diterangi cahaya matahari semula jadi yang menembusi kubah kaca, manakala menjelang malam, paparan visual berwarna-warni pada skrin LED menghidupkan suasana perayaan dengan penuh kemeriahan.
Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures, Dato’ Ir. Ts. (Dr.) Izwan Ibrahim, ketika berucap pada majlis pelancaran tarikan perayaan 118 Mall berkata, sempena sambutan akhir tahun yang julung kali diadakan ini, kami ingin mempersembahkan sesuatu yang istimewa dan mampu mencetuskan imaginasi, di samping memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati kemeriahan musim perayaan bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana unik di presint ikonik Merdeka 118.
Sebagai sebuah destinasi bertaraf dunia, Merdeka 118 menawarkan lebih daripada sekadar pengalaman membeli-belah di 118 Mall.






































