Acara Volvo Executive Car Sales anjuran Volvo Car Malaysia yang dinanti-nantikan kini kembali. Bakal berlangsung dari 10 hingga 11 Oktober 2026 di Tingkat 3A, Symphony Square, Petaling Jaya.
Acara ini mengetengahkan koleksi istimewa 80 unit kenderaan terpakai premium Volvo Selekt Certified Used Cars yang diambil terus daripada armada korporat Volvo Car Malaysia dengan tawaran harga bermula dari RM148,000.
Volvo Selekt Certified Used Cars memberi laluan kepada pelanggan baharu untuk menikmati pengalaman pemilikan premium, ketenangan fikiran, serta jaminan keselamatan sinonim Volvo pada nilai yang sangat berbaloi. Buat pemandu yang sudah bersedia beralih ke kenderaan premium, acara ini membuka laluan ke arah sebuah perjalanan tanpa kompromi, berteraskan janji Selamat daripada Volvo.
Piawaian Tanpa Kompromi, Jaminan Kualiti Terbukti
Volvo Selekt Certified Used Cars mendefinisikan semula erti kenderaan terpakai dengan jaminan pengalaman pemilikan premium yang setaraf seperti membeli kereta baharu. Kemewahan sebenar tidak mengenal erti kompromi; setiap unit hadir dengan perbatuan luar biasa rendah, serendah 2,000 km sahaja dan dijaga dengan penuh teliti.





































