Dalam landskap hartanah semasa, keyakinan pembeli tidak lagi bergantung pada janji semata-mata, sebaliknya dipacu oleh pencapaian yang boleh dilihat dan dinilai.
Projek yang berjaya disiapkan, standard pembinaan yang terbukti, kadar penghunian yang stabil serta komuniti yang berkembang menjadi penanda aras penting terhadap kekuatan sesebuah pembangunan selepas dilancarkan.
Nilai inilah yang dibentuk di Riana Dutamas, pembangunan kediaman pegangan bebas di Segambut hasil kerjasama IJM Land dan FCW Holdings Berhad. Menerusi tiga fasa berbeza
iaitu Savio, Savvy dan Stellaris, projek dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) kira-kira RM1.95 bilion ini berkembang sebagai alamat bandar yang semakin matang, lengkap dengan akses strategik berhampiran Mont Kiara, Solaris Dutamas dan hab utama Kuala Lumpur.
Sebagai fasa terakhir Riana Dutamas, Stellaris memperhalusi pengalaman kehidupan bandar menerusi gabungan spesifikasi yang lebih baik, susun atur fleksibel, kemudahan gaya hidup serta elemen runcit yang memudahkan urusan harian. Diperkukuh dengan hubungan yang lancar ke hab sekitar, Stellaris melengkapkan pembangunan ini dengan suasana kediaman yang lebih moden, selesa dan seimbang.
Perjalanan Riana Dutamas bermula menerusi Savio, fasa perintis yang memperkenalkan konsep kehidupan bandar moden dalam persekitaran komuniti yang dirancang secara menyeluruh. Dengan GDV sekitar RM578 juta, fasa pertama itu menampilkan 1,018 unit kediaman servis berkeluasan antara 653 hingga 1,177 kaki persegi.
Pilihan susun atur satu hingga tiga bilik tidur memberi fleksibiliti kepada pelbagai gaya hidup, daripada profesional muda yang membeli rumah pertama hinggalah keluarga yang mencari ruang lebih praktikal dalam kejiranan yang saling terhubung.
Sambutan pasaran terhadap Savio terbukti memberangsangkan apabila projek itu mencapai kadar pengambilan jualan sebanyak 70 peratus dalam tempoh tahun pertama pelancarannya.
Pencapaian itu mencerminkan keyakinan pembeli terhadap gabungan lokasi, harga dan konsep kehidupan pelbagai generasi yang diketengahkan. Malah, projek berkenaan turut disiapkan lebih awal daripada jadual dengan Penyerahan Milikan Kosong pada September 2021 berbanding sasaran asal pada Disember tahun sama.
Meneruskan kejayaan Savio, Savvy @ Riana Dutamas tampil memperkukuh reputasi pembangunan ini sebagai antara alamat kediaman pilihan di Segambut. Dengan GDV sekitarRM592 juta, Savvy dibangunkan di atas tanah pegangan bebas seluas 5.06 ekar dan
menawarkan 921 unit kediaman servis.
Pilihan susun atur yang ditawarkan bermula daripada unit dua bilik berkeluasan 722 kaki persegi hingga konfigurasi dwi-kunci seluas 1,232 kaki persegi, sekali gus memenuhi keperluan pelbagai profil pembeli dan gaya hidup moden.
Di sebalik cabaran operasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Savvy tetap berjaya disiapkan tepat pada waktunya pada November 2024. Walaupun projek itu menerima
lanjutan masa, ia akhirnya tidak digunakan, sekali gus memperlihatkan keupayaan pelaksanaan yang konsisten.
Secara keseluruhan, kejayaan Savio dan Savvy membuktikan bahawa Riana Dutamas berkembang berlandaskan permintaan pasaran yang mampan, pelaksanaan yang tersusun dan komitmen tinggi terhadap penyampaian berkualiti.
Ketua Pegawai Operasi IJM Land, Datuk Chai Kian Soon berkata, pencapaian Savio dan Savvy menjadi asas penting dalam membina keyakinan pembeli terhadap Stellaris.
“Pembeli rumah masa kini lebih cenderung menilai sesuatu pembangunan berdasarkan prestasi yang telah dibuktikan. Savio dan Savvy telah menerima sambutan pasaran yang baik, membuktikan keupayaan penyampaian tepat pada masanya serta pembentukan persekitaran komuniti yang semakin matang.
“Ciri-ciri inilah yang menjadi nilai teras kepada Stellaris, sebuah pembangunan yang lahir daripada pengalaman, pelaksanaan yang terbukti serta penekanan terhadap kualiti dan keselesaan kehidupan jangka panjang,” katanya.





































