Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, memasuki era baharu logistik pintar dengan pelancaran kenderaan autonomi (AV) pertama di Malaysia.

Inisiatif ini, sebahagian daripada perjalanan transformasi dan inovasi digital serta automasi Pos Malaysia, mempercepatkan transisi menjadi peneraju logistik berdaya digital dan lestari.

Majlis pelancaran ini dirasmikan dengan kehadiran tetamu kehormat termasuk Dato’ Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, serta turut menampilkan majlis menandatangani perjanjian
kerjasama antara Pos Malaysia, diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Charles
Brewer, dan Autonomous Logistic Solutions Sdn. Bhd. (ALS), diwakili oleh Alan Chong,
Pengarah Urusan.

Perjanjian ini menandakan perkongsian strategik dalam memajukan keupayaan logistik autonomi yang cekap dan hijau di negara ini.

Memperkenalkan Zelos – Kenderaan Logistik Tanpa Pemandu, Sifar Pelepasan Teras kepada inisiatif ini ialah Autonomous Logistic Solutions (ALS), sebuah syarikat tempatan yang membolehkan penggunaan Zelos—kenderaan logistik autonomi tanpa pemandu sepenuhnya, 100% elektrik, sifar pelepasan karbon yang dibina khusus untuk pengangkutan barangan B2B, khususnya operasi penghantaran bervolum tinggi, berulang, dari titik ke titik.

Sebagai rakan kongsi eksklusif Malaysia, ALS bertanggungjawab membawa, menyesuaikan
dan mengoperasikan Zelos di Malaysia, membuka akses kepada platform logistik autonomi
terbesar dan paling banyak digunakan secara komersial di dunia.

Tan Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Pos Malaysia, berkata, inisiatif kenderaan autonomi kami menandakan pencapaian penting dalam perjalanan mentransformasi Pos Malaysia menjadi penyedia logistik moden, inovatif dan lestari.

Zelos bukan sahaja mewakili kemajuan teknologi, malah ia merupakan langkah konkrit ke arah operasi yang lebih mampan dan cekap. Teknologi ini berpotensi mengurangkan penggunaan bahan api, mengoptimumkan laluan penghantaran dan meminimumkan pembaziran dalam operasi harian kami.

“Kami berbangga menjadi pelopor dalam evolusi digital Malaysia dan memimpin industri ke era baharu automasi,” katanya.

Charles Brewer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia berkata, pihaknya bukan sekadar melancarkan kenderaan autonomi, kami membawa Malaysia ke era baharu
logistik.

“Perintis autonomi ini adalah bukti komitmen kami terhadap inovasi, kecekapan, dan
berkhidmat untuk masa depan negara. Kami amat berbangga memimpin perjalanan
transformasi ini, dan kami bersemangat dengan potensi yang dibukanya untuk pelanggan kami dan seluruh negara.

“Ini adalah langkah pertama dalam perjalanan panjang dan menarik untuk Pos Malaysia,”  katanya.

Alan Chong, Pengarah Urusan ALS, berkata, kerjasama dengan Pos Malaysia ini
mengembangkan logistik autonomi daripada peringkat percubaan kepada operasi sebenar.

“Dengan pengintegrasian yang lancar ke dalam aliran kerja pos dan bungkusan sedia ada, kami menunjukkan bahawa autonomi Tahap 4 sudah bersedia untuk penggunaan dunia sebenar.

“Bersama Pos Malaysia, ini menetapkan preseden nasional untuk penggunaan industri yang
lebih meluas dan membuka laluan jelas untuk kenderaan autonomi beroperasi di jalan raya
Malaysia tidak lama lagi,” katanya.

Inisiatif ini dikuasakan oleh sambungan 5G daripada rakan strategik ALS, Digital Nasional
Berhad (DNB). Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azman Ismail berkata kerjasama ini
merupakan langkah penting dalam perjalanan Malaysia untuk mempercepatkan transformasi digitalnya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini