Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, melancarkan edisi kedua ‘Program Take Back’, satu inisiatif yang menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk memainkan peranan aktif dalam mengitar semula bungkusan kurier terpakai mereka, dan menerima ganjaran atas usaha tersebut.
Bermula sekarang hingga 31 Ogos 2025, pelanggan yang membawa sekurang-kurangnya 20 keping bungkusan kurier terpakai termasuk polimailer, pembalut gelembung (saiz minimum 500cm2 setiap satu), dan kotak kadbod ke mana-mana 20 pejabat pos terpilih di seluruh negara akan menerima barangan eksklusif daripada Pos Malaysia.
Pejabat pos yang mengambil bahagian termasuk GPO Kuala Lumpur, GPO Shah Alam, GPO Johor Bahru, GPO Kuching, GPO Kota Kinabalu dan lain-lain (lihat senarai penuh di sini). Antara ganjaran yang ditawarkan ialah pen buluh, baucar Pos Shop, rantai kunci, pemegang kunci.
Bungkus dan beg guna semula.
Inisiatif ini, yang dijalankan dengan kerjasama .Bungkus, sebuah jenama kitar semula tempatan, menawarkan pendekatan inovatif untuk mengalihkan sisa bungkusan kurier daripada tapak pelupusan.
Plastik lembut yang dikumpul akan diolah semula menjadi aksesori fesyen, manakala kotak kadbod akan dihantar ke fasiliti kitar semula yang diluluskan. Kempen ini mencerminkan perjalanan berterusan Pos Malaysia dalam pelaksanaan pelan hala tuju kelestariannya yang lebih luas.
Menerusi inisiatif ini, syarikat memperkukuh komitmennya untuk mengurangkan pelepasan Karbon Skop 1 dan 2 sebanyak 50% menjelang tahun 2030, mengitar semula 50% sisa operasi, dan memastikan 80% bahan pembungkusan diperbuat daripada bahan kitar semula menjelang tahun 2025, sebagai sebahagian daripada aspirasi jangka panjang untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050.
‘Program Take Back’ sulung pada tahun 2023 telah menarik perhatian lebih 200 pelanggan dan berjaya mengumpul lebih 170kg bungkusan kurier terpakai. Dengan menukar sisa harian kepada ganjaran yang bermakna, Pos Malaysia menjadikan usaha kelestarian lebih mudah diakses dan menarik untuk semua lapisan masyarakat.
Pos Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia termasuk keluarga, pelanggan dalam talian, perusahaan kecil dan komuniti setempat untuk turut serta dalam inisiatif ini di seluruh negara. Kumpulkan bungkusan kurier terpakai anda, kunjungi mana-mana pejabat pos yang mengambil bahagian, dan sertai gerakan ke arah Malaysia yang lebih bersih dan hijau.
Sebagai peneraju progresif yang memperjuangkan kelesteraian dalam industri logistik Malaysia, Pos Malaysia berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai ke aras masa depan yang lebih hijau.
Kami mengendalikan kenderaan elektrik (EV) terbesar di negara ini, dengan 1,252 motosikal elektrik dan 264 van elektrik yang telah menjelajah sejauh 4.4 juta kilometer, bersamaan dengan mengelilingi dunia sebanyak 110 kali. Armada kami dilengkapi dengan sistem telematik untuk mengurangkan pelepasan karbon, menakala 17 fasiliti bertenaga solar menyumbang kepada tenaga boleh diperbaharui yang semakin berkembang.
Dalam separuh pertama tahun 2025 sahaja, lebih daripada 18,700kg bahan kitar semula telah berjaya dialihkan daripada pelupusan melalui pelbagai inisiatif kitar semula. Usaha berterusan ini membuktikan kepimpinan Pos Malaysia dalam mendorong perubahan yang nyata dan dapat diukur dalam industri logistik, sejajar dengan misi jangka panjang kami untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050.






































