BMW Malaysia mengumumkan harga rasmi bagi BMW 218 Gran Coupé Sport Baharu, yang baru sahaja diperkenalkan di MY BMW World 2025, dan kini boleh didapati di semua pengedar sah BMW di seluruh negara.
BMW 218 Gran Coupé Sport Baharu menandakan evolusi berani bagi model ikonik ini yang mula mencipta nama pada tahun 2020. Dalam generasi terkininya, model ini menggabungkan prestasi dinamik, reka bentuk yang ekspresif dan teknologi digital termaju dalam satu reka bentuk yang mencerminkan era baharu dalam ekspresi peribadi serta pengalaman pemanduan premium.
Reka bentuk luaran yang menyerlah menonjolkan karakter penuh keyakinan, manakala kokpit serba digital, sambungan intuitif, dan casis yang direka semula sepenuhnya menawarkan pengalaman pemanduan yang bukan sahaja mengasyikkan malah mengujakan.
Relax. We Care.
BMW Group Malaysia menetapkan penanda aras baharu dalam pemilikan automotif premium, memberikan definisi baharu terhadap pengalaman pemanduan dengan penuh keyakinan dan ketenangan minda.
Relax, We Care mencerminkan komitmen teguh BMW untuk membawakan Sheer Driving Pleasure tanpa gangguan – satu janji bahawa walau apa jua situasi, kami sentiasa
bersama anda.




































