Razer Merchant Services (RMS), cabang B2B Razer Fintech, memperoleh lesen Pemerolehan Langsung Visa di Malaysia, Singapura dan Filipina, sebagai sebahagian daripada kerjasama serantaunya.
Pada masa sama, RMS kini diperakui dengan Perkhidmatan Token Visa (VTS) bagi membolehkannya menawarkan perkhidmatan pembayaran kad lebih selamat dan melalui
kaedah penyulitan (encrypted), yang dapat digunakan ketika transaksi pembayaran peniaga.
Menerusi kerjasama dengan Visa, RMS menyasarkan untuk mengembangkan lagi skim kad
ke negara berkaitan merentasi pelbagai industri termasuk penjaja, e-hailing, peniaga pasaran, perkhidmatan-perkhidmatan atas permintaan, e-sukan, kerajaan, dan pendidikan.
Set penuh penyelesaian lain Visa yang ditawarkan RMS kepada peniaga adalah Penjual Pantas Langsung (RSO). RSO merupakan penyelesaian digital langsung, penilaian wajar
(termasuk pemarkahan risiko), dan penaja jamin (kelulusan yang diperlukan untuk
pengesahan penerimaan peniaga) yang digunakan sebaik sahaja peniaga mendaftar
menerusi portal digital langsung RMS.
Perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada peniaga untuk menempatkan mereka ke dalam talian di laman web RMS, sementara penilaian wajar serta semakan pematuhan dilaksanakan.
Ekosistem skim pembayaran kad RMS akan dipertingkatkan lagi menerusi aplikasi Terminal
Maya (VT) RMS yang menjadikan telefon pintar peniaga sebagai terminal pembayaran dengan mengaplikasikan pangkalan data luar talian fizikal semasa peniaga yang melebihi
40,000 titik sentuh pembayaran QR.
Aplikasi VT akan menambah penerimaan kad tanpa sentuh dengan lancar menerusi teknologi Tap-on-Phone yang lebih cekap dan kos efektif berbanding penggunaan terminal konvensional.
“RMS mahu memperkasakan lebih ramai peniaga PKS dengan keupayaan mencapai jutaan
kad dan akaun di seluruh Asia Tenggara. Menerusi kerjasama dengan Visa, RMS telah
menyelaraskan inisiatif kami dalam mendigitalkan kaedah pembayaran peniaga di seluruh
Malaysia, Singapura dan Filipina,” kata Lee Li Meng, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Razer
Fintech.
“Kami akan mengguna pakai kaedah ini di seluruh negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Indonesia, Taiwan, dan Hong Kong. Pelanggan kepada peniaga RMS juga akan
meraih manfaat daripada pengalaman pembayaran yang selamat dan dipertingkatkan
menerusi penyelesaian VTS kami. Kami akan terus memperkasakan ciri pembayaran inovatif bagi memastikan peniaga kami dilengkapi dengan pilihan pembayaran terbaik.”
Neil Mumm, Ketua Jualan dan Pemerolehan Peniaga Visa bagi Asia Pasifik berkata, “Banyak
perniagaan kecil menyedari keperluan dalam mendigitalkan pembayaran, namun mereka
kekurangan sumber dan pengetahuan untuk berbuat sedemikian.
Atas sebab ini, kami di Visa mencipta penyelesaian untuk menjadikan pembabitan peniaga lebih lancar, dan untuk membantu mereka menerima pembayaran kad Visa dengan mudah dan selamat.
Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Razer Merchant Services kerana ia akan membantu mempercepatkan lagi pendigitalan pembayaran di seluruh Malaysia, Singapura dan Filipina, seterusnya peniaga boleh mula menawarkan pengalaman pembayaran digital dan intuitif.”





































