Meraikan 20 tahun komitmen untuk menyampaikan kenderaan dan perkhidmatan yang luar biasa bersama janji “Sheer Driving Pleasure” di Malaysia, BMW Group Malaysia memperingati 20 Tahun Kecemerlangan dengan memperkenalkan logo eksklusif ulang tahun ke-20 yang melambangkan visi dan dedikasi kecemerlangan BMW Group Malaysia selama dua dekad ini.

Di samping itu, BMW Group Malaysia memperkenalkan pelbagai tawaran menarik buat para pelanggan, yang mengukuhkan komitmen mereka dalam menawarkan perkhidmatan dan kenderaan premium kepada pemilik BMW.

Tawaran eksklusif ini dibuka mulai hari ini hingga 30 Jun, sejajar dengan komitmennya untuk membawakan Pengalaman Pemilikan Premium buat para pelanggan.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Bersempena dengan sambutan ulang tahun BMW Group Malaysia yang ke-20, kami berasa amat teruja untuk meraikan para pelanggan dan rakan-rakan korporat kami dengan cara yang istimewa, berlatarkan komitmen selama 20 tahun kami dalam menawarkan pengalaman pemanduan yang tiada bandingannya, termasuk teknologi-teknologi inovatif, serta pelbagai solusi mobiliti yang lestari.

Kami ingin meneruskan perjalanan kami dalam usaha untuk mencorak mobiliti masa depan Malaysia bersama-sama para pelanggan dan segenap peminat kami.”

Program-Program Ulang Tahun Ke-20 yang Istimewa buat Pelanggan di Malaysia. Program-program Ulang Tahun Ke-20 ini dirumus untuk menawarkan nilai yang hebat serta insentif yang eksklusif buat para pelanggan, iaitu bagi kenderaan yang dibeli pada bulan Jun 2023.

Di samping itu, sempena kempen Ulang Tahun Ke-20 ini juga, BMW Group Financial Services Malaysia telah mengumumkan tiga opsyen pembiayaan yang istimewa bagi kenderaan-kenderaan BMW yang terpilih untuk tahun 2023.

Model-model berelektrik BMW tersebut meliputi BMW iX xDrive 40, BMW iX xDrive 40
Sport, BMW iX xDrive 50 Sport dan BMW i4 eDrive40 M Sport.