BMW Motorrad Malaysia hari ini telah memperkenalkan jentera BMW R nineT 100 Years yang serba baharu. Terhad kepada 1,923 unit sahaja di seluruh dunia – simbolik kepada tahun kelahiran BMW Motorrad – 10 unit bakal disediakan secara khas untuk pasaran Malaysia.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Menjadi ikon seni reka
bentuk dalam eranya, BMW R nineT telah mengorak haluan bagi jentera roadster yang
bukan sahaja menawan tapi juga berkuasa tinggi, yang terus mengusik jiwa para
peminatnya sehingga ke hari ini.

BMW R nineT ini telah diperhalusi dan ia memiliki sofistikasi yang merangkap tradisi roadster BMW Motorrad, menjadi kemuncak bagi usaha pembangunan motosikal selama 100 tahun dan cita ke atas enjin Boxer.”

“Sementara kita meraikan ulang tahun BMW Motorrad yang ke-100 pada tahun ini, kami
juga berasa amat teruja untuk mempersembahkan 10 unit BMW R nineT 100 Years yang
eksklusif buat warga komuniti kita di Malaysia.

Jentera ikonik BMW R nineT menjadi model dambaan para peminat roadster dan dengan menatap jentera ini sahaja, ia pasti dapat membangkitkan perasaan nostalgia dalam hati mereka,” tambah de Visser.

Bahasa reka bentuk BMW R nineT 100 Years yang ringkas memperlihatkan tangki serba
kompak serta posisi tempat duduk yang menegak, di samping aneka material berkualiti
tinggi dan juga elemen-elemen penggayaan yang menawan.

Warna metalik Black Storm yang menghiasi tangki bersadur kromnya merupakan ciri khas bagi edisi jentera 100 Tahun ini, ia memetik ilham daripada model R 75/5 yang dikeluarkan pada tahun 1969.

Harga runcit (atas jalan, dengan Waranti 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan 3
Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia, tanpa insurans) BMW R nineT 100 Years baharu
ialah: BMW R nineT 100 Years Baharu RM 129,500.00