realme, jenama telefon pintar paling pantas berkembang di dunia, secara rasmi memperkenalkan inovasi terbaharunya ke pasaran Malaysia dengan pelancaran Siri realme 16 Pro Series yang amat dinantikan.
Salah satu sorotan utama daripada pelancaran ini ialah visi teguh realme dalam membina ekosistem AIoT (Artificial Intelligence of Things) lancar, bertujuan menyampaikan gaya hidup yang lebih pintar dan lebih terhubung kepada rakyat Malaysia.
Selaras dengan visi ini, realme telah melancarkan barisan produk AIoT baharu bersama Siri 16 Pro — iaitu realme Buds Air 8, realme Pad 3 5G, dan realme Buds T500 Pro secara eksklusif di platform e-dagang.
Ketiga-tiga peranti ini direka bentuk untuk berfungsi secara pintar antara satu sama lain, menjadikan tugas harian lebih mudah, penciptaan kandungan lebih seronok, dan hiburan lebih mengiurkan bagi golongan muda, para pencipta kandungan, pelajar, serta pengguna celik teknologi di Malaysia.
realme Buds Air8: Halangi Bunyi Luar, Rasai Setiap Rentak

realme Buds Air 8 menetapkan piawaian baharu dalam segmen pertengahan premium sebagai earbuds TWS pertama yang dilengkapi pemacu dwi-dinamik 11mm + 6mm. Ia menghasilkan audio Hi-Res kaya dengan bass mendalam, vokal jernih dan trebel tajam — pilihan sempurna bagi pencinta muzik dan pencipta kandunganyang inginkan pengalaman premium.
Dilengkapi ANC Adaptif 55dB yang dikuasakan AI, earbuds ini boleh menyesuaikan diri secara pintar mengikut persekitaran pengguna — sama ada ketika menaiki MRT, bekerja di kafe yang sibuk, atau berehat di rumah selepas hari yang panjang. Enam mikrofon AI memastikan panggilan telefon kekal kristal jernih, manakala ciri terjemahan masa nyata dan latensi ultra rendah 45ms menjadikannya sangat praktikal buat kegunaan harian. Dengan jumlah masa main sehingga 58 jam, ia memberikan kebebasan audio sepanjang hari.
Eksklusif untuk pasaran Malaysia, realme Buds Air 8 ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM299 sahaja.
realme Pad 3 5G: Reka Bentuk Ultra Nipis dan Kuasa Luar Biasa, Rakan Terbaik Anda

Dengan ketebalan hanya 6.6mm, realme Pad 3 5G merupakan tablet yang sesuai dalam suasana gaya hidup sibuk di Malaysia. Ia dilengkapi bateri gergasi 12,200mAh Titan Battery membuatkannya mampu bertahan lama bagi sesi pembelajaran, penyuntingan video serta menonton drama atau filem hujung minggu tanpa kerisauan kehabisan bateri.
Dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 7300-Max, tablet ini menyediakan prestasi ‘multitasking’ dan bermain secara lancar — menjadikannya peranti sesuai buat pelajar universiti, golongan muda, serta para profesional.
Skrin ‘Book-View’ 11.6 inci 2.8K 120Hz dengan 1.07 bilion warna menghidupkan setiap kandungan, manakala sambungan 5G penuh, quad speaker dan sokongan stylus menjadikannya “pejabat mudah alih” yang serba boleh. Ia berintegrasi lancar dengan telefon realme anda, menjadikan semua peranti berfungsi sebagai satu ekosistem yang harmoni.
Untuk menjadikan teknologi premium lebih mudah diakses oleh semua, realme Pad 3 5G dijual pada harga RM1,699, lengkap dengan hadiah bernilai sehingga RM599 termasuk realme Smart Pen dan realme Pad 3 Keyboard.
realme Buds T500 Pro: Kualiti Premium pada Harga Mesra Secara Eksklusif di Platform E-dagang

Tersedia secara eksklusif di platform e-dagang, realme Buds T500 Pro menawarkan nilai luar biasa dengan pemacu audio Hi-Res 12.4mm dan sokongan LHDC 5.0 untuk prestasi perinician bunyi berkualiti tinggi.
Ia dilengkapi ANC Adaptif 50dB, enam mikrofon untuk panggilan lebih jelas, serta masa penggunaan sehingga 56 jam — sesuai untuk perjalanan jauh, kelas dalam talian atau sesi mendengar muzik yang panjang. Dengan penarafan IP55, ia sesuai bagi menghadapi cuaca tidak menentu di Malaysia. Dengan latensi ultra rendah 45ms dan ciri AI pintar termasuk terjemahan masa nyata, earbuds ini menyampaikan prestasi premium pada harga hanya RM199.




































