MINI, jenama automotif premium kompak yang sofistikated di Malaysia, mengumumkan pelancaran MINI Paul Smith Edition Serba Elektrik Baharu, menandakan lembaran terbaru dalam kerjasama berterusan dan cemerlang antara MINI dan pereka legenda British, Paul Smith.
Dihasilkan dalam jumlah terhad, edisi khas ini memfokuskan pada ekspresi reka bentuk dengan membawa falsafah ikonik Paul Smith, “Icon with a Twist”, ke dalam MINI Cooper SE Serba Elektrik.
Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, berkata, MINI Paul Smith Edition Serba Elektrik Baharu melambangkan sesuatu yang sungguh istimewa iaitu gabungan dua jenama ikonik British yang telah mendorong keluasan kreativiti selama beberapa dekad.
Melalui BIG LOVE, MINI sentiasa menjunjung nilai individualiti, kreativiti dan keseronokan, yang dizahirkan dengan sempurna dalam falsafah rekaan Paul Smith, ‘Icon with a Twist’.
Menjadikan edisi ini begitu signifikan adalah buat pertama kalinya, kerjasama unggul ini dihasilkan dalam skala pengeluaran yang lebih besar, membawa visi kreatif Paul Smith yang menakjubkan kepada lebih ramai pelanggan daripada sebelumnya.
MINI Paul Smith Edition Serba Elektrik Baharu mengangkat reka bentuk ikonik MINI ke tahap baharu, dengan menggabungkan elemen reka bentuk eksklusif bersama gaya tersendiri Paul Smith.
Kenderaan ini diserlahkan dengan aksen Nottingham Green pada elemen luaran utama seperti cermin sisi, gril radiator oktagon, dan penutup hab tayar. Sentuhan unik ini diperkemaskan dengan bumbung berwarna Nottingham Green bersama Jalur Ikonik Paul Smith yang menghiasi bahagian tepi bumbung antara tiang B dan C.
Dilengkapi dengan rim aloi 18 inci Slide Spoke dalam kemasan aksen Dark Steel, yang turut menampilkan sentuhan Nottingham Green serta logo Paul Smith, edisi ini tampil menyerlah dengan reka bentuk berani yang unik dan dinamik.
Sebelum memasuki kenderaan, paparan eksklusif pada cermin memancarkan ucapan mesra “hello” dalam tulisan tangan Paul Smith, menyambut pemandu dan penumpang serta menjadikan MINI Paul Smith Edition satu pengalaman yang lebih peribadi.
Perincian tambahan seperti MINI Black Band dan logo MINI dalam warna Black Blue, serta tulisan “Paul Smith” berwarna Anthracite Grey pada bahagian belakang, terus memperkukuh keunikan edisi ini.
Pembiayaan MINI.
Dengan pembiayaan Easy Drive oleh BMW Group Financial Services Malaysia, MINI Paul Smith Edition Serba Elektrik Baharu boleh dimiliki melalui pelan ansuran bulanan bermula dari RM2,367 (berdasarkan anggaran pinjaman 75 peratus untuk tempoh lima tahun).
Harga jualan yang disyorkan (di atas jalan, tanpa insurans) bagi MINI Paul Smith Edition Serba Elektrik Baharu adalah:
MINI Paul Smith Edition Serba Elektrik Baharu – RM222,222.00
Servie & Pembaikan Inklusif MINI* – RM228,522.00
* merangkumi Waranti Lanjutan 4 Tahun dan Pakej Servis.
































