Lexis Hotel Group memperkenalkan tawaran terbaiknya setakat ini di MATTA Fair 2026 dan memberikan alasan yang sempurna kepada para pengunjung dan pelancong untuk merancang percutian yang tidak dapat dilupakan.
Dari 3 hingga 5 April 2026, para pelancong boleh mengunjungi Booth 1S25, Aras 1 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur untuk menikmati penjimatan eksklusif sehingga 32% bagi baucar penginapan di semua hotel dan resort Lexis, di Port Dickson, Penang dan Kuala Lumpur.
Melalui kempen “Book More, Save More, Win More Gold”, para pelancong boleh menikmati nilai yang istimewa serta hadiah menarik. Selain baucar bilik pada harga diskaun, para tetamu juga akan menikmati tiada surcaj untuk mana-mana tarikh penginapan, memberikan fleksibiliti yang lebih besar untuk merancang percutían limpian mereka pada masa pilihan sendiri.
Menambahkan lagi keterujaan, tetamu yang membeli baucar istimewa ini juga berpeluang memenangi jongkong emas, hadiah eksklusif serta penginapan percuma dengan jumlah
nilai melebihi RM20,000.
“Tawaran ini benar-benar menakjubkan dan memberikan nilai yang sangat berbaloi. Ini merupakan salah satu cara kami membantu merangsang industri pelancongan tempatan
sambil membolehkan rakyat Malaysia menikmati percutian yang amat diperlukan,” kata
Dato’ Prof. Mandy Chew Siok Cheng, Presiden, Lexis Hotel Group.
Tawaran Baucar Bilik Yang Menarik Di Seluruh Hartanah Lexis
Promosi MATTA Fair menawarkan pelbagai pilihan baucar bilik yang sah selama 12 Bulan
dari tarikh pembelian, memberikan para pelancong masa yang mencukupi untuk merancang percutian mereka. Dengan harga bersih yang bermula serendah RM200, para tetamu boleh menikmati penginapan mewah tanpa menjejaskan bajet.
Setiap baucar bilik yang sah selama 1 tahun dari tarikh pembelian merangkumi penginapan satu malam untuk dua (2) orang, lengkap dengan kemudahan bilik serta layanan hospitaliti istimewa yang sinonim dengan Lexis. Tetamu yang ingin menambah sarapan boleh membeli baucar sarapan secara berasingan pada harga bersih RM40 seorang bagi Lexis hotel dan resort di Port Dickson dan Pulau Pinang.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Sama ada untuk percutian hujung minggu secara spontan, percutian keluarga atau percutian romantik, Lexis menjanjikan pengalaman penginapan yang penuh dengan keselesaan, kemewahan dan kenangan indah.
Peluang Keemasan Untuk Menang Hadiah Besar
Setiap pembelian baucar bilik di Lexis booth memberi anda peluang untuk memenangi
pelbagai hadiah menarik!



































