Pengerusi NGO Antarabangsa, Dato’ Dr Mustapha Ahmad Marican mengadakan program bersama 50 anak-anak yatim di Kg Sempadan, Kemboja dalam satu majlis yang diraikan di hadapan sekolah tahfiz di sini, semalam.
Kesemua mereka menerima barangan keperluan asas seperti beras, minyak dan pelbagai keperluan lain serta wang tunai RM100 duit sebagai duit saguhati bagi memberikan kegembiraan kepada anak anak yatim berkenaan untuk menyambut Syawal yang bakal tiba.
Mustapha berkata, program tahun ini agak berbeza dari tahun-tahun lalu kerana NGO Antarabangsa turut memberi tumpuan kepada anak-anak yatim yang serba kekurangan akibat kemiskinan hidup.
“Keperluan bantuan daripada makanan dan pendidikan dibantu oleh ustaz dan ustazah yang mendidik anak-anak ini di sekolah agama di beberapa kampung di sempadan Kemboja- Vietnam,” katanya.
Katanya, NGO Antarabangsa akan terus menghulurkan bantuan kepada masyarakat Islam Kemboja menerusi dana yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia meskipun menghadapi pelbagai cabaran untuk menguruskannya.

































