REDMAGIC, peneraju global dalam inovasi permainan, dengan bangganya memperkenalkan edisi pakej Golden Saga baharu yang menawan untuk REDMAGIC 11 Pro dan REDMAGIC Astra Gaming Tablet
REDMAGIC mencipta siri Golden Saga sebagai satu pernyataan sejauh mana mereka mampu menolak batas prestasi dan reka bentuk. Dikenali dengan komitmen terhadap kreativiti dan inovasi, edisi terhad ini direka untuk melambangkan kecemerlangan bukan sekadar sebagai peranti, tetapi sebagai satu pengalaman menyeluruh.
Sebagai sebahagian daripada legasi koleksi edisi terhad terdahulu seperti Legend of Zhenjin, Golden Saga menggabungkan ketukangan mewah dan bahan premium termasuk kemasan bersadur emas serta kaca nilam dengan prestasi tinggi yang diharapkan oleh para gamer daripada REDMAGIC.
Ia direka untuk pengguna yang mahukan lebih daripada sekadar kuasa; mereka inginkan sesuatu yang eksklusif, sofistikated dan berbeza daripada model biasa, membuktikan bahawa kemewahan dan prestasi boleh bergerak seiring.

REDMAGIC 11 Pro Golden Saga
Untuk edisi REDMAGIC 11 Pro Golden Saga, aksesori yang disertakan aksesori yang disertakan bukan sekadar pelengkap, malah menjadi elemen utama yang mentakrifkan edisi terhad ini.
Direka sebagai keluaran berkonsep koleksi, Golden Saga menaikkan standard 11 Pro dengan penggunaan bahan eksklusif, perincian reka bentuk yang diselaraskan, serta pakej premium yang lengkap dan tersusun.
Selain peranti itu sendiri, pakej ini merangkumi Golden Saga Kevlar Protective Case, Golden Edition VC Cooler 6 Pro yang sepadan, Gold-accented Charger dan Data Cable, serta Eksklusif Collector’s Card dan Gold-plated SIM Card Pin; semuanya direka untuk mencerminkan identiti Golden Saga.
Berbeza daripada 11 Pro versi biasa, edisi ini menggabungkan material premium, elemen reka bentuk yang selari dan aksesori berorientasikan prestasi dalam satu set yang dirangka khas. Hasilnya ialah keluaran edisi terhad yang menonjol melalui ketelitian, kesatuan reka bentuk dan nilai eksklusifnya, bukan sekadar spesifikasi semata-mata.

Di teras REDMAGIC 11 Pro ialah Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang berkuasa, dibina menggunakan proses 3nm termaju TSMC dan direka untuk memberikan kelajuan sehingga 4.6GHz, grafik lebih lancar serta kecekapan tenaga yang mengagumkan.
Digandingkan dengan cip permainan khusus RedCore R4, peranti ini meningkatkan visual dalam permainan, mengoptimumkan prestasi dan mengurus penggunaan kuasa bagi memastikan permainan kekal stabil dan responsif walaupun dalam pertempuran sengit.
Teknologi Energy Cube 3.0 daripada REDMAGIC turut mengimbangi CPU, GPU, memori, sistem penyejukan dan input sentuhan secara masa nyata, menghasilkan kestabilan kadar bingkai yang lebih tinggi, respons lebih pantas dan kecekapan yang dipertingkatkan. Semua ini disokong oleh sehingga 24GB RAM, 1TB ROM LPDDR5T dan storan UFS 4.1 Pro untuk prestasi tanpa kompromi.



































