Bulan Syawal tahun ini bakal lebih ceria dan bermakna apabila Pos Malaysia memperkenalkan koleksi Raya 2026 edisi terhad — meraikan tradisi rakyat Malaysia, kenangan zaman kanak-kanak dan kemeriahan berkumpul bersama insan tersayang pada bulan Syawal.

Ditawarkan melalui kedai atas talian Pos Malaysia, Biro Filateli dan Pejabat Pos terpilih, koleksi ini menampilkan Sampul Duit Hari Raya 2026 berilustrasi indah, acrylic charms, plushie Kuih Krew yang comel dan memikat, serta Pek Cenderamata Hari Raya 2026 – koleksi filateli yang direka dalam semangat yang sama seperti Pek Khas CNY 2026 yang popular.

Dijual pada harga RM20, Pek Cenderamata Hari Raya 2026 ini menampilkan rekaan bertema Raya yang diinspirasikan daripada visual utama Sampul Duit Raya tahun ini, menjadikannya sebuah cenderamata filateli eksklusif.

Set ini merangkumi Lembaran Mini dengan tiga setem 60 sen, sekeping kad ucapan dan sampul surat, serta dua keping Sampul Duit Raya dalam dua rekaan berbeza. Pek Cenderamata Hari Raya 2026 boleh dipra-tempah di kedai atas talian Pos Malaysia mulai 26 Februari dan akan mula dijual di Pejabat Pos terpilih bermula 5 Mac.

Sampul Duit Raya Pos Malaysia tahun ini mengetengahkan elemen penceritaan melalui ilustrasi yang penuh keunikan oleh seorang artis tempatan. Apabila disusun bersama, sampul-sampul ini membentuk panorama perarakan Raya yang meriah, penuh dengan suasana balik kampung dan nostalgia Syawal.

Set berharga RM8 ini mengandungi 10 sampul premium dengan kemasan laminasi matte, cetakan timbul emas dan aksen Spot UV. Para pelanggan di Pos Shop juga boleh mendapatkan satu set sampul sebagai Hadiah dengan Pembelian (GWP) dengan pembelian minimum RM25, selagi stok masih ada.

Menambahkan keceriaan, Pos Malaysia turut memperkenalkan koleksi acrylic charm Hari Raya, rangkaian pesona akrilik yang menampilkan ikon perayaan dan identiti Pos Malaysia seperti van EV, bangunan pejabat pos klasik, Abang Pos ceria dan peti pos merah ikonik yang amat dikenali rakyat Malaysia.

Beberapa rekaan pesona turut diadaptasi daripada ilustrasi Sampul Duit Raya bagi memastikan kesinambungan visual yang harmoni. Berharga RM5 setiap satu, pesona ringan dan tahan lasak ini sesuai untuk kunci, beg, tali telefon, beg kecil atau sebagai hiasan hamper Raya. Pra tempahan dalam talian dibuka mulai 24 Februari, manakala Pejabat Pos terpilih akan mula menjualnya mulai 9 Mac.

Melengkapi rangkaian Raya tahun ini ialah plushie Kuih Krew bersama beg beli-belah mini,
diinspirasikan daripada kuih raya kegemaran rakyat Malaysia. Lembut, gebu dan penuh karakter, setiap plushie menghidupkan semula rupa bentuk kuih tradisional dalam gaya yang paling comel.

Kapit Kutie diinspirasikan daripada lipatan rangup kuih kapit tradisional, manakala Dahlia
Darling menyerlah dengan rekaan bunga yang diinspirasikan daripada kuih dahlia atau kuih
semperit. Bahulu Boo pula mengambil bentuk kuih bahulu yang bulat dan gebu.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini