Sempena Ramadan yang penuh berkat dan demi mengeratkan silaturahim bersama masyarakat setempat, PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PNBMV), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menganjurkan program ‘Bubur Lambuk Bersama Komuniti di Merdeka 118’ buat tahun ketiga.

Program tahun ini menghimpunkan lebih 80 kakitangan PNB dan PNBMV yang meluangkan masa secara sukarela bersama penduduk kawasan perumahan awam sekitar untuk memasak dan mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar presint Merdeka 118.

Penyediaan bubur lambuk telah diadakan sekitar Masjid Al-Sultan Abdullah berhampiran stadium mercu tanda bersejarah Kuala Lumpur, dengan pengagihan bermula selepas solat Zohor. Secara keseluruhan, 800 bungkus bubur lambuk telah diagihkan kepada kira-kira 800 individu dalam kalangan masyarakat sekitar dan pengunjung ke presint Merdeka 118.

Ketua Pegawai Eksekutif PNBMV, Dato’ Ir. Ts. Izwan Ibrahim berkata, program Bubur Lambuk Bersama Komuniti Merdeka 118 merupakan cara kami berkongsi tradisi yang diamalkan oleh ramai rakyat Malaysia, sambil mengekalkan hubungan dengan komuniti
di sekitar Merdeka 118, sejajar dengan pendekatan Warisan KL lebih luas yang
meletakkan insan, warisan dan tempat sebagai nadi pembangunan kota.

“Tradisi yang diadakan setiap tahun sejak 2024, mencerminkan komitmen kami untuk memastikan pembangunan di sini sentiasa mengambil kira aspek sosiobudaya setempat. Kehadiran saya pada hari ini juga memberi saya peluang untuk bertemu dan berinteraksi dengan komuniti kami,” katanya.

Stadium Merdeka telah sekian lama menjadi ruang awam untuk masyarakat, dan kami berbesar hati untuk terus memainkan peranan dalam menganjurkan pelbagai aktiviti yang bermakna.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini