KPJ Sentosa KL dengan bangganya mengumumkan kejayaan meraih “Malaysia Health Tourism Leadership Award” pada majlis berprestij Anugerah ASEAN Food & Travel 2026 yang berlangsung di Berjaya Times Square Hotel, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri pelancongan kesihatan di Malaysia dan rantau ASEAN.
Anugerah ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohd Rizal Abdul Rahim dan diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Sentosa KL, Russell Teo bersama Pengarah Perubatan, Dr Thein Soo Sun sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan dan komitmen hospital dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf antarabangsa.
Wakil KPJ Sentosa KL yang turut hadir dalam majlis anugerah tersebut ialah Pegawai Operasi, Nageswari Munian; Ketua Pemasaran & Pembangunan Perniagaan, Zahirah Shahrudin; serta Eksekutif Perhubungan Awam, Syarifah Aini.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan KPJ Sentosa KL dalam menawarkan rawatan berkualiti tinggi, kemudahan moden serta pengalaman pesakit yang menyeluruh dan mesra pelanggan.
Selain memberi tumpuan kepada sektor pelancongan kesihatan, hospital ini turut menjadi pilihan komuniti ekspatriat yang menetap di Kuala Lumpur dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang memenuhi standard antarabangsa serta keperluan pesakit pelbagai latar belakang.
KPJ Sentosa KL menerima pesakit dari pelbagai negara ASEAN seperti Indonesia, Myanmar dan Filipina, selain negara luar ASEAN seperti Rusia dan India. Kepelbagaian demografi pesakit ini mencerminkan tahap kepercayaan antarabangsa terhadap kualiti perkhidmatan dan kepakaran perubatan yang ditawarkan.


































