Stadium Merdeka menjadi tumpuan apabila PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. (PNBMV) menganjurkan perlawanan bola sepak persahabatan bersama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Perlawanan bertambah meriah dengan penyertaan Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), serta kehadiran Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda, Pengerusi Kumpulan PNB.

Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures, Dato’ Ir. Ts. Izwan Ibrahim yang turut beraksi sebagai pemain sayap kanan berkata, “Kami mahu Stadium Merdeka terus menjadi ruang komuniti yang aktif dan menyatukan masyarakat, bukan sekadar dikenang melalui sejarah sukannya.

Sebagai tarikan utama dalam presint Merdeka 118, stadium ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia untuk bersukan, beriadah, yoga atau pelbagai aktiviti komuniti lain.

Kemasukan adalah percuma, dan kami mengalu-alukan orang ramai untuk datang merasai sendiri suasananya.”

Stadium Merdeka dibuka semula pada 17 Ogos 2024 selepas melalui kerja-kerja pemuliharaan secara menyeluruh. Sehingga kini, stadium ini terus berperanan sebagai ruang komuniti yang aktif dengan penganjuran lebih 200 acara merangkumi bidang budaya, seni, pendidikan, warisan dan sukan.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti akan datang atau penyertaan program, orang ramai boleh mengikuti Instagram Stadium Merdeka di @stadiummerdeka.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini