Continental Tyre Malaysia telah mengumumkan pelancaran Waranti Pengilang Tayar Sepanjang Hayat untuk semua tayar kereta penumpang, SUV dan 4×4, sebagai komitmennya dalam meningkatkan keyakinan pelanggan dan kualiti produk.

Waranti ini tertakluk kepada semua tayar kereta penumpang, SUV dan 4×4 jenama Continental,General Tire, dan Viking. Waranti yang dipertingkatkan ini menawarkan perlindungan untuk sepanjang jangka hayat tayar, menunjukkan keyakinan 100% jenama tersebut terhadap ketahanan, keutuhan dan prestasi tayar tersebut di atas jalan raya.

Menggantikan waranti pengilang lima tahun yang terdahulu, Waranti Pengilang Tayar Sepanjang Hayat untuk tayar Continental mengukuhkan lagi keunggulan jenama ini dengan kecemerlangan pembuatannya di samping memastikan setiap tayar memenuhi standard piawaian tertinggi dari segi bahan dan mutu kerjanya.

“Kami bukan sekadar menghasilkan tayar. Kami membina keyakinan. Waranti ini bukan
hanya jaminan, ia menunjukkan kawalan ketat kami terhadap kualiti yang tidak berbelah
bagi dan inovasi yang kami terapkan dalam setiap produk kami”, kata Andrea Somorova,
Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.

Waranti ini merangkumi perlindungan ke atas kecacatan pengilang melalui keseluruhan
jangka hayat tayar. Namun, kerosakan akibat faktor luaran diluar kawalan Continental,
contohnya seperti tayar pancit, dipotong/terbelah, atau impak yang disebabkan oleh
kerosakan jalan, adalah dikecualikan daripada waranti ini.

Dengan menawarkan perlindungan untuk keseluruhan jangka hayat pengendalian tayar ini,
matlamat Continental adalah untuk memberikan pemandu Malaysia ketenangan minda dan keyakinan yang optimum dalam setiap perjalanan mereka bersama Continental.

Paling penting sekali adalah Waranti Pengilang Tayar Sepanjang Hayat baharu ini turut terpakai secara retrospektif ke atas semua tayar kereta penumpang, SUV dan 4×4 yang layak, yang dibeli sebelum pengumuman ini dibuat.

Bagi menambahkan lagi keyakinan pelanggan, Continental tetap terus menawarkan
perlindungan di bawah Waranti Pelan Keyakinan untuk Kerosakan Jalan (Total Confidence
Plan (TCP) Road Hazard Warranty), yang memberikan perlindungan 12 bulan dari tarikh
pembelian terhadap kerosakan disebabkan oleh risiko di jalan yang tidak dijangka, apabila
pembelian didaftarkan di bawah aplikasi Conti TCP.

Continental menekankan bahawa pelanggan tidak perlu risau tentang tarikh pembuatan tayar, kerana Waranti Pengilang Tayar Sepanjang Hayat dan TCP memberikan perlindungan menyeluruh untuk memastikan kualiti, prestasi, dan kebolehpercayaan tayar sepanjang tempoh penggunaannya.

Polisi ini mengukuhkan lagi reputasi Continental sebagai rakan mobiliti yang dipercayai
dalam mengekalkan standard tertinggi mereka terhadap keselamatan dan prestasi, dengan
syarat tayar-tayar ini dibeli di Malaysia.

Tuntutan ke atas waranti ini akan diterima hanya setelah pemeriksaan dilakukan oleh wakil
Continental yang diperakui atau pengedar yang sah. Bayaran balik akan dikira secara
prorata berdasarkan purata kedalaman bunga tayar (RTD) yang belum digunakan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini