Sempena musim perayaan ini, Vietjet meningkatkan kemudahan perjalanan rakyat Malaysia ke Vietnam dengan menawarkan hadiah istimewa: eSIM SkyFi percuma yang dilengkapi 500MB data berkelajuan tinggi untuk semua penumpang yang terbang ke Vietnam.
Bermula sekarang hingga 31 Disember 2025, penumpang yang menempah mana-mana penerbangan Vietjet ke Vietnam melalui “www.vietjetair.com” atau aplikasi Vietjet Air akan menerima eSIM SkyFi percuma, sah selama 31 hari dari tarikh ketibaan.
Hanya pilih eSIM di bahagian “add-on” sewaktu membuat tempahan, dan eSIM tersebut akan dihantar terus ke e-mel penumpang untuk diaktifkan serta-merta dengan imbasan pantas.
Dengan penerbangan terus Vietjet dari Kuala Lumpur, rakyat Malaysia boleh meneroka dengan mudah pelbagai tarikan utama Vietnam – daripada suasana meriah dan bertenaga di Ho Chi Minh City, udara nyaman hujung tahun di Hanoi, sehinggalah pantai-pantai memukau di Da Nang.
Dari bandar-bandar ini, pelancong turut boleh menyambung perjalanan dengan lancar ke destinasi popular lain seperti Nha Trang, Phu Quoc, Da Lat dan Hue.
Dengan sambungan yang mudah dan lancar, eSIM SkyFi percuma ini membolehkan pelancong berkongsi momen percutian, menggunakan aplikasi perjalanan sepanjang perjalanan, serta kekal berhubung dengan insan tersayang – menjadikan keseluruhan pengalaman di Vietnam lebih selesa dan menyeronokkan.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kempen hujung tahun Vietjet, “Thank Yourself with Festive Flights”, yang mengajak rakyat Malaysia menghargai diri dengan percutian bermakna sebagai penutup tahun.
Sepanjang penerbangan, penumpang boleh menikmati pesawat moden Vietjet, layanan mesra, serta pilihan hidangan yang menggamit selera seperti Pho, Banh Mi dan juadah antarabangsa lain.



































